Monday, January 31, 2011

AKU..KERJA..DAN AMALAN..

ASSALAMUALAIKUM....

Dah tiga bulan lebih aku kerja kat tempat baru ni..Dalam masa tu juga lah aku belajar tentang macam-macam perkara. Dari soal kerja sehinggalah ikatan persahabatan.. Dari segi jasmani mahupun rohani. Banyak ilmu yang aku kutip di sini. Suasana kerja yang penuh profesionalisme mendorong aku untuk sentiasa termotivasi di sini. Sentiasa bersemangat dan teruja untuk memulakan kerja.

Realitinya, kerja aku sekarang ni jauh menyimpang daripada apa yang aku belajar masa kat UPM dulu. Aku pun tak pernah terfikir nak kerja dalam "line" ni. Terjun dalam dunia korporat yang memaksa aku bersikap lebih matang dan rasional semasa bertugas. Apa tak nya, teman-teman sepejabatku semuanya berusia 30 tahun ke atas. Hanya kami tiga dara sunti yang masih 20an.

Bekerja di sini juga aku tak rasa kekok, kerana segalanya diajar. Dari seorang yang tak tahu apa - apa tentang kerja dalam pejabat, aku diasuh sedikit demi sedikit mengenainya. Sekarang ni aku mula diberi amanah untuk mendalami bahagian "purchasing" plak. Kadang - kadang aku di bawa hadiri "function" dan seminar, bagi membiasakan aku untuk bergaul dan mengasah komunikasiku dengan orang ramai dalam masa yang sama mempromosikan produk kami.

Tiap kali melakukan sesuatu tugas yang baru pertama kali dibuat, tahap berdebar aku memang tak boleh nak kawal. Tapi bagusnya, aku bukanlah seorang yang mudah mengaku kalah. Sesusah manapun, atau se'blur' mana aku tentang sesuatu tugas tu, buat tetap buat. Itu cabaran yang aku lalui. Cabaran utamaku adalah mengatasi rasa takut yang bersarang di dada^_^. Kalau aku tak buat atau menolak untuk melakukannya, aku akan termalu dengan diri sendiri. Mana tidaknya, seorang yang bercita - cita tinggi untuk menjadi pakar motivasi tidak mampu mengalas tugas mudah yang diberikan. Macamana aku nak motivate orang lain sedangkan aku tak mampu untuk merangsang diri sendiri mengapai kejayaan.

Alhamdulillah, tiga bulan di sini, ada sedikit peningkatan dalam kerjaku. Tapi peningkatan tu belum lah boleh dibanggakan lagi( urm, biasalah..pompuan bernama nurulain ni mana pernah puas dengan apa yang diusahakan. Dapat mengatasi cabaran adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan ^_^) Semoga rezekiku di sini panjang hendaknya supaya aku dapat pelajari lebih banyak perkara baru di sini.

Satu lagi yang menyeronokkan di sini apabila dapat berkerja dengan teman - teman yang terdiri daripad pelbagai bangsa dan agama. Ada Melayu, Cina, India, Myanmar, Korea. Kan seronok. Aku rasa tercabar melihat kesungguhan mereka bekerja. Dalam diam, satu mativasi meresap dalam diri. Di sini juga aku rasa dihargai dan usaha yang dibuat dipandang. Bukanlah cuba membandingkan, tapi suasana tempat kerjaku sekarang ni memang totally berbeza. Dulu, keje dari pagi sampai pagi semula, tapi apa yang selalu kamu dapat adalah layanan seolah - olah kami ni hamba. OMG.. tolonglah!!! tak kuasa nak layan manusia yang perasan dirinya bagus. Ops, melalut lak kan.

Huhu..bukanlah nak membodek company baru. Tapi apa yang cuba aku sampaikan di sini adalah, "bila musibah menimpa, kita tak tau apa kesudahan di penghujungnya, sama ada ia penghujung yang baik atau sebaliknya . Apa yang penting adalah dalam usaha untuk sampai ke penghujungnya tu kita perlu bekalkan diri degan keimanan dan ketakwaan kepadaNya, mudah - mudahan, Allah SWT nmpak usaha kita untuk mendapatkan penghujung yang baik. Tapi kalau kita ditimpa musibah, kemudian kita berputus asa dan tak cuma mencari hikmah di sebalik musibah tu, mungkin menghujung jalan yang akan kita sampai lebih teruk daripada apa yang kita sangkakan^_^".

Musibah dan kekecewaan lalu, banyak mengajar aku untuk lebih menghargai kehidupan, kadang - kadang aku bersyukur kerana diuji sebegitu rupa. Kerana aku pasti, kalaulah ujian tu tak menimpa ke atasku mungkin aku masih enak berda di zon selesa tanpa berusaha membaiki diri.

 Untuk korang semua:
1.Cubalah luangkan masa berzikir Ya Malik 100 kali setiap kali lepas solat fardu, mudah - mudahan rezeki kita akan lebih murah.
2. Amalkan zikir Ya Rahim sebanyaknya, supaya kita akan disenangi semua makluk
3. Niatkan semua yang kita kerjakan "kerana Allah SWT, moga - moga apa yang dilakukan dikira sebagai ibadah..

Cuba ye, lakukan dengan istiqamah dan korang akan rasai perubahannya..Aku dah buat dan masih lagi melakukannya..

salam cinta kasih sayang untuk semua^^_^

No comments:

Post a Comment