Wednesday, March 16, 2011

PERATURAN YANG MENYESAKKAN OTAK!!!

Menjadi seorag manusia bukanlah semata- mata untuk diri sendiri je. Kita perlu fikirkan untuk macam-macam perkara, macam orang, macam - macam benda.. Sekuat atau sekaya manapun seseorang tu, dia takkan mampu hidup sendirian dalam duniannya tanpa orang lain..Anda setuju?? Anda terpaksa menyetujuinya.

Aku?? Aku seorang yang tak suka berada di bawah telunjuk atau arahan orang. Kecuali orang tu betul - betul aku hormat ataupun aku kagum. Aku juga bukanlah seorang yang suka mengikut peraturan, bagi aku peraturan tu  mengekang fungsi otak untuk bergerak secara aktif, efektif dan kreatif..hahaha, tak tau korang fikir macamana, aku cuma berikan pendapat aku je. Peraturan tu penting, cuma bila ia terlalu rigid sehinggakan mengekang orang lain untuk berfikir di luar kebiasaan itu melampau namanya.

Selagi tindakan yang dilakukan tidak melanggar batasan, tidak mencemar kesucian, tidak mendatangkan kemusnahan, itu aku rasa ia boleh dimaafkan.Yang parahnya, kalau peraturan yang dibuat terang-terangan salah, tapi disebabkan pembuat peraturan tu ada "KUASA" maka apa yang terhasil menjadi amalan. Itu bahaya. Punah masyarakat kalau dipaksa patuh pada peraturan yang salah, korang setuju tak? wahaha, ada aku kisah ke kalau korang tak setuju..^_^

Aku?? Memang sgt diakui, aku bukan pengikut peraturan yang baik. Aku suka "menyimpang dalam mencapai impian yang aku idamkan.Alhamdulillah, setakat ni, apa yg aku idamkan berjaya aku gapai, walaupun aku mengular2 di sana sini..amin..

Bercerita tentang peraturan ni, aku teringat di zaman persekolahan dulu.Masuk form 6 (sekolah kat tgh bandar time tu), maka bermulalah kisah ponteng sekolahku.hehehe, pernah gak terkantoi ngan cikgu disiplin, tapi tak penah serik, tetap jugak monteng. mujur gak result STPM aku masih boleh melayakkan aku masuk ke universiti..hahahaha..

Masa kat UPM lak, peraturan yang "paling besar" aku langgar adalah tinggal  secara "haram" selama satu semester dalam kolej kediaman..wahhaha, time tu cuak gak kalau2 ada spotcheck dilakukan, tapi mujur semuanya selamat sehingga aku menduduki paper terakhir. Dan alhamdulillah, result examku tak penah bawah drpd 3 pointernya..hehhe.. Untuk Rohaini Zakaria & Wan Norita Izwati yang menumpangkan aku terima kasih bebanyak, jasa kalian akan kukenang selamanya.

Bagiku, untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan tu bukanlah disebabkan kita menjadi pengikut yang "skema" tetapi semuanya bergantung kepada usaha dan ikhtiar yang dilaksanakan. Dari jalan mana ia dilaksanakan, itu tak penting cuma jangan keterlaluan menyimpangnya, sehingga dari jauh telah jelas kesalahan yang dilakukan..

Selamat menggapai kejayaan^________^

Sunday, February 27, 2011

Saya SAYANG Mak Ngan Abah Saya

kdg2 balik kg, time mak tido, sy peluk mak dr belakang..

(kecik2 dulu, mak yg peluk sy)

kdg2 balik kg, masa mak sibuk melipat kain @ tgh kusyuk menelaah buku agama, sy jatuhkan kepala atas ribaan mak..

(rindunya untuk dipangku spt dulu2)

kdg2 balik kg, sy dok jejauh kat satu sudut, sy renung muka mak ngan abh

(erm, dah dimmah usia mak ngan abh sy rupanya)

kdg2 balik kg, sy saja bikin "onar', supaya mak ngan abah menegah

(rindu nk dgr mak ngan abh mbebel cam ms kecik2 dulu)

kdg2 blik kg, sy rasa dah taknak blik sini lg..erm...

(takut, andai itu pertemuan terakhir sy dengan mereka.

kdg2 balik kg, saat mencium tgn & pipi mak & abah, sy teringin nak ucapkan..

"SAYA SAYANG KALIAN"

tapi sy sebak nak mengungkapnya..

mak abah, andainya anandamu ini gagal menunaikan tanggungjawab terhadap kalian, ampunilah dosa2 ku ya..

(tetiba rasa sebak..mak abah..anakanda kalian yg comel ni merindui kalian..huhu)

mode: jiwa kacau, 3minggu tak blik kg..

Monday, January 31, 2011

AKU..KERJA..DAN AMALAN..

ASSALAMUALAIKUM....

Dah tiga bulan lebih aku kerja kat tempat baru ni..Dalam masa tu juga lah aku belajar tentang macam-macam perkara. Dari soal kerja sehinggalah ikatan persahabatan.. Dari segi jasmani mahupun rohani. Banyak ilmu yang aku kutip di sini. Suasana kerja yang penuh profesionalisme mendorong aku untuk sentiasa termotivasi di sini. Sentiasa bersemangat dan teruja untuk memulakan kerja.

Realitinya, kerja aku sekarang ni jauh menyimpang daripada apa yang aku belajar masa kat UPM dulu. Aku pun tak pernah terfikir nak kerja dalam "line" ni. Terjun dalam dunia korporat yang memaksa aku bersikap lebih matang dan rasional semasa bertugas. Apa tak nya, teman-teman sepejabatku semuanya berusia 30 tahun ke atas. Hanya kami tiga dara sunti yang masih 20an.

Bekerja di sini juga aku tak rasa kekok, kerana segalanya diajar. Dari seorang yang tak tahu apa - apa tentang kerja dalam pejabat, aku diasuh sedikit demi sedikit mengenainya. Sekarang ni aku mula diberi amanah untuk mendalami bahagian "purchasing" plak. Kadang - kadang aku di bawa hadiri "function" dan seminar, bagi membiasakan aku untuk bergaul dan mengasah komunikasiku dengan orang ramai dalam masa yang sama mempromosikan produk kami.

Tiap kali melakukan sesuatu tugas yang baru pertama kali dibuat, tahap berdebar aku memang tak boleh nak kawal. Tapi bagusnya, aku bukanlah seorang yang mudah mengaku kalah. Sesusah manapun, atau se'blur' mana aku tentang sesuatu tugas tu, buat tetap buat. Itu cabaran yang aku lalui. Cabaran utamaku adalah mengatasi rasa takut yang bersarang di dada^_^. Kalau aku tak buat atau menolak untuk melakukannya, aku akan termalu dengan diri sendiri. Mana tidaknya, seorang yang bercita - cita tinggi untuk menjadi pakar motivasi tidak mampu mengalas tugas mudah yang diberikan. Macamana aku nak motivate orang lain sedangkan aku tak mampu untuk merangsang diri sendiri mengapai kejayaan.

Alhamdulillah, tiga bulan di sini, ada sedikit peningkatan dalam kerjaku. Tapi peningkatan tu belum lah boleh dibanggakan lagi( urm, biasalah..pompuan bernama nurulain ni mana pernah puas dengan apa yang diusahakan. Dapat mengatasi cabaran adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan ^_^) Semoga rezekiku di sini panjang hendaknya supaya aku dapat pelajari lebih banyak perkara baru di sini.

Satu lagi yang menyeronokkan di sini apabila dapat berkerja dengan teman - teman yang terdiri daripad pelbagai bangsa dan agama. Ada Melayu, Cina, India, Myanmar, Korea. Kan seronok. Aku rasa tercabar melihat kesungguhan mereka bekerja. Dalam diam, satu mativasi meresap dalam diri. Di sini juga aku rasa dihargai dan usaha yang dibuat dipandang. Bukanlah cuba membandingkan, tapi suasana tempat kerjaku sekarang ni memang totally berbeza. Dulu, keje dari pagi sampai pagi semula, tapi apa yang selalu kamu dapat adalah layanan seolah - olah kami ni hamba. OMG.. tolonglah!!! tak kuasa nak layan manusia yang perasan dirinya bagus. Ops, melalut lak kan.

Huhu..bukanlah nak membodek company baru. Tapi apa yang cuba aku sampaikan di sini adalah, "bila musibah menimpa, kita tak tau apa kesudahan di penghujungnya, sama ada ia penghujung yang baik atau sebaliknya . Apa yang penting adalah dalam usaha untuk sampai ke penghujungnya tu kita perlu bekalkan diri degan keimanan dan ketakwaan kepadaNya, mudah - mudahan, Allah SWT nmpak usaha kita untuk mendapatkan penghujung yang baik. Tapi kalau kita ditimpa musibah, kemudian kita berputus asa dan tak cuma mencari hikmah di sebalik musibah tu, mungkin menghujung jalan yang akan kita sampai lebih teruk daripada apa yang kita sangkakan^_^".

Musibah dan kekecewaan lalu, banyak mengajar aku untuk lebih menghargai kehidupan, kadang - kadang aku bersyukur kerana diuji sebegitu rupa. Kerana aku pasti, kalaulah ujian tu tak menimpa ke atasku mungkin aku masih enak berda di zon selesa tanpa berusaha membaiki diri.

 Untuk korang semua:
1.Cubalah luangkan masa berzikir Ya Malik 100 kali setiap kali lepas solat fardu, mudah - mudahan rezeki kita akan lebih murah.
2. Amalkan zikir Ya Rahim sebanyaknya, supaya kita akan disenangi semua makluk
3. Niatkan semua yang kita kerjakan "kerana Allah SWT, moga - moga apa yang dilakukan dikira sebagai ibadah..

Cuba ye, lakukan dengan istiqamah dan korang akan rasai perubahannya..Aku dah buat dan masih lagi melakukannya..

salam cinta kasih sayang untuk semua^^_^

Saturday, December 11, 2010

Jodoh oh Jodoh..


^_^ Salam cinta kasih sayang semua..

Masa raya korban tu aku berkesempatan menonton filem 'SYIRGA CINTA' buat julung-julung kalinya..Huhuhu, cite tu dah basi pada orang lain, tapi itulah kali pertama aku berkesempatan menontonnya..Banyak kata - kata menarik yang diungkapkan dalam filem tu..Tapi yang aku paling ingat satu  ungkapan yang diucapkan olehatuk Siti Syuhadah tu cakap kat Awal.. Lebih kurang ye aku mengulang cetak apa yang dicakapkan. "Jodoh tu ada tiga. Yang pertama jodoh kerana syaitan. Contohnya, bla..bla..bla..Yang kedua jodoh kerana jin. Contohnya, jika kamu sukakan Siti Syuhadah, tapi Siti tak sukakan kamu, kamu cari dukun dan bomohkan dia, dia pun tergila-gilakan kamu. Dan kamu berdua pun berkahwin..Yang ketiga jodoh kerana Allah. Cinta tu memandah Allah swt telah tetapkan sejak dari azali lagi, ia lahir dari mata kemudian turun ke hati, kemudian kamu meminang nya,dia terima dan kamu pun  berkahwin..Lebih kurang la. Aku pun bukan mesin cetak yang ingat 100% apa yang org tu cakap, nak2 cerita tu pun dah agak lama aku tengok.huhu..

Kali ini aku sangat terpanggil untuk bercerita soal jodoh. Pada usia yang dah menjangkau suku abad ni,  memang semakin banyak dah suara-suara nakal yang menanyakan aku soal kawin, soal buah hati, soal tunang. Sebagai hamba Allah yang sangat kerdil, apalah dayaku andai jodoh yang kunanti belum jua muncul tiba. Dan apalah dayaku sebagai seorang pompuan untuk menggedik meminang lelaki yang menjadi idaman hati. Bak kata BOS aku, " jodoh tu tak perlu dicari, ia akan datang sendiri." Tapi aku taknak percaya 100% apa yang dia katakan tu. Ye la, kan selalu orang kata, kalau kita tak usahakan sesuatu takkan benda tu datang bergolek dengan sendiri kan. Yang aku selalu pegang untuk mendapatkan sesuatu adalah "DUIT". Dengan prinsip "DUIT" semua perkara yang mustahil insya Allah akan berhasil. Bila aku berpegang dengan prinsip ni jangan la plak kata aku ni materialistik, DUIT yang aku maksudkan bukanlah WANG, tapi ia adalah singkatan kepada Doa, Usaha, Ikthiar dan Tawakal.

Jujurnya memang aku agak rimas, bosan dan tertekan bila ada yang asyik bertanya dah ada pakwe ke belum, bila nak kawin, bila nak bertunang? Kalau ikutkan hati nak je aku jerit kuat - kuat depan muka diorang yang dok bertanya ni, " KO SIBUK - SIBUK APAHAL!!!!". Tapi nanti kang nampak sangat kurang ajarnya dan akan hilang segala keindahan seoarang wanita yang masih bergelar nak dara. hehehe.. So, kalau ada yang bertanya tentang tu aku cuba berlembut, tapi kalau tak faham2 gak, memang nak kena dengar bebelan  la daripada aku. Terseksa jiwa beb.

Aku tak faham, kenapa orang luar terlalu kisah bila berkaitan dengan jodoh ni. Bila aku takde pakwe, sibuk tanya bila nak ada pakwe, bila aku declare aku dah berpakwe, kepoh lak tanya bila nak kawin, agaknya bila aku dah kawin nanti sibuk lak tanya bila nak ada anak..adoi, manusia tolong la jangan jadi "sibuk badan@busy body" sangat. Lalui je la kehidupan ini dengan penuh rasa toleransi. Kalau korang dah bertemu jodoh awal dengan kekasih hati, jangan la persendakan orang lain yang belum punya rezeki dalam soal jodoh ni.

Yang pelik dan agak lucunya, bonda ngan ayahanda aku kat kampung pun tak bising pun aku lum kawin..takde lak depa dok tanya aku bila nak kawin, bila nak kenalkan mak ngan bakal menantu. Bukan sekadar tak bertanya, malah hint pun diorang tak penah bagi. hahahaha. kelako la korang ni..

Bukan tak memikirkan soal jodoh, aku pun manusia normal macam orang lain gak, inginkan teman hidup, punya keluarga dan kehidupan berpasangan seperti orang lain. Tapi andai Allah SWT yang Maha Agung tu belum tetapkan waktu untuk aku berkahwin aku terima dengan penuh redha. Mungkin Dia ada perancangan terbaik untukku^_____^. Di waktu2 aku sendirian ni, biarlah aku mengejar segala cita 2- cita dan impianku selama ini, semoga apabila aku sudah punya komitmen kepada seorang insan bergelar suami nanti aku tak terkilan andai tak punya kesempatan lagi mengejar cita - cita itu. Bukanlah nak cakap perkahwinan itu mengekang kejayaan seseorang, ramai je orang yang berkahwin semakin berjaya. tapi kita sendiri tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan kan? So, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.. Pada korang yang suka sangat tanya pasal jodohku, pada korang yang sayang sangat kat aku, pada korang yang berdebar - debar menatikan jodohku..hehehe, doakanlah aku semoga cepat2 melangkah ke gerbang perkahwinan  ye..aku pun tak sabar untuk bersatu dengan pria pujaanku^________^. Aku sedang berbahagia sekarang..
Thanks "korang"

Friday, November 12, 2010

saya..kamu..dan...

Assalamualaikum..

Lamanya aku meninggalkan alam penulisan ni. Terasa rindu benar untuk berkata-kata berkongsi cerita dan rasa.huhu..Cuma kekangan waktu sedikit menghalang jari jemari ini untuk pantas menari. Dah hampir sebulan aku memulakan tugas baru, di tempat baru. Satu pekerjaan yang tak pernah aku bayangkan sebelum ini. hehehe..Semuanya serba baru bagiku.Cabaran baru, juga tekanan baru . Buat masa ni, aku masih berusaha dan belajar menyesuaikan diri di tempat baru ini. Harap - harapnya Allah sentiasa bersamaku untuk menjadi tunjang kekuatanku. Amin!!

Minggu pertama, minggu kedua semuanya berjalan lancar..Masuk minggu ketiga, bahang ketensionan dah semakin terasa. Aku yang cuma 'ikan bilis' di opis tu pun turut terasa tempiasnya.hehehe. Tapi alhamdulillah, sekarang semuannya dah berjaya di lalui kami semua.

Aku bukanlah nak berbicara panjang lebar tentang tempat kerja baru ni, takut-takut ada rahsia sulit syarikat yang terlepas keluar dari mulut si bekas wartawan ni, kan naya aku dibuatnya..Ada ke rahsia company yang aku simpan..hahahaha..sengal tol la.

Seminggu dua ni perasaan aku memang sangat kurang stabil..Emosi aku memang asyik turun, turun, turun then baru la naik. Bila emosi aku macam ni memang aku jadi sangat sensetif, aku jadi sorang yang sangat baran, beremosi dan aku jadi "kejam". Selalu memangsakan orang lain dan mengheret sama mereka ke dalam masalah yang mereka sendiri taktau apa-apa.. Itulah masalahnya seorang aku bernama NURULAIN ni.

Memang aku sangat sedar dengan kelemahan dan keburukan aku yang satu ni, dan aku berusaha uuntuk kikis perangai " hampeh tebu" ni, tapi hampeh, masih gagal untuk bersikap rasional dan matang tiap kali berdepan situasi sulit. Selalunya, time macam ni la banyak " musuh-musuh " baru tercipta. Mengalahkan aku time segugut, time segugutpun aku leh "cool" lagi.Haahaaha..

Memang sukar nak memahami diriku. Bukan sorang dua yang berkata begitu, ramai yang cakap susah nak faham manusia yang punya perasaan 'complicated' macam aku ni. Saat aku sedang bersedih aku masih mampu tersenyum dan berlagak selamba, time aku gembira, aku susah sikit nak ekspresikan perasaan sedih.. Yang pasti bila aku sedang tension, aku mudah jadi haru biru dan aku boleh menyebabkan hidup orang lain jadi kelabu asap. Sangat bahaya bila aku terperangkap dalam zon tension.Saat ni perasaan aku memang sangat sensetif, macam duri semalu. Pantang tersentuh sikit, memang cepat bertindak balas. Macam tu la aku bila dah berada di zon tension ni, aku memang tak boleh nak terima teguran, nasihat, arahan, dan yang paling penting, aku sangat sensetif dengan lawak - lawak "BODOH". Memang selalunya, manusia yang cuba buat lawak bodoh tahap biawak time ni la akan menjadi mangsa serangan letusan "gunung berapi" dari aku..

Aku sedar, kadang - kala "manusia-manusia" yang buat lawak ni bukan sengaja untuk menambahkan ketensionan aku, aku sedar mereka cuba untuk meredakan keadaan aku, tapi aku bukanlah orang yang macam tu. Gurauan dan lawak time aku tengah tension adalah seperti bom jangka yang menanti masa untuk meletup. Selalunya, bila aku terpalit dengan keadaan tension ni, aku lebih suka berdiam diri, sunyi tanpa kata, sepi tanpa bicara. Sebab tu la, ada masanya aku seolah - olah hilang dari dunia ni. Terputus hubungan dengan yang lain. Selalunya, time - time macam ni, aku memang sangat malas nak balas mesej, jawab "call", untuk bukak FACEBOOK dan menulis komen lagi la aku tak kuasa nak layan.

Tapi bila aku senyap sunyi tanpa respon, pasti adalah 'insan-insan prihatin' yang akan merajuk. Diorang ingat mereka yang menyebabkan aku berdiam diri. Huhuhu..Kesian kan kawan - kawan aku. Susah nak faham keadaan aku. Kadang - kala aku yang tidak mahu membuka diri untuk difahami, itu aku akui sendiri. Memang aku bukan seorang yang suka bercerita tentang kehidupanku pada sebarangan orang. Kalau korang kenal aku sepuluh tahun pun belum tentu korang boleh kenal aku. Sangat complicated, cuma sekarang ni aku dah temui seseorang yang boleh berkongsi cerita, masalah dan rahsia bersama. Dah lama dia berada di sampingku, cuma bila meningkat dewasa begini baru aku sedari betapa istimewanya insan ini..Thanks so much,BONDA. Sejak akhir - akhir ni, aku lebih suka meluahkan segalka macam perkara kepada Bonda berbanding orang lain. Kalau dulu, aku lebih banyak berahsia kepada Bonda dan mencari kawan - kawan untuk berkongsi cerita, tapi saat diri semakin memamah usia ni, Bondalah yang menjadi pendengar omelanku. Hehehe, tiap kali berbicara dengan Bonda, terasa betapa lapangnya dada, terasa ringannya bebanan derita yang ditanggung. Istimewa sungguhkan seorang ibu ni. So, pada korang semua yang masih punya ibu, aku nasihatkan lah, janganlah  abaikan mereka. Hargailah mereka saat mereka masih berada di dunia ni. Jangan nanti bila kita dah berpisah dunia dengannya, barulah penyesalan tu datang. Saat tu memang takde guna lagi. Bagi yang sudah kehilangan ibubapa, jangan diputuskan hubungan dengan mereka. Perbanyakkanlah sedekahkan al-Fatihah untuk mereka. Semoga keikhlasan kita berdoa pada mereka akan dipandang Allah SWT...^_^

Yang penting, hargai sesiapapun yang beradadi sisi kita..Jangan jadi macam aku, suka memangsakan orang lain. Aku tak tau sampai bila la orang boleh bertahan dengan sikapku ini.. Tapi aku sentiasa berusaha untuk menjadi rasional sebaiknya..Doakan aku berjaya ye^_^


Wednesday, September 29, 2010

SENYUM SEMANIS SAYA ^_^


SENYUM..Satu perkataan dan perbuatan yang paling mudah kan. Dengan melemparkan sebuah senyuman, maka satu ikatan ukhwah tu boleh terbentuk. Hakikatnya, bukan susah mana pun nak mengukir senyuman. Tak perlukan modal pun untuk memberi senyuman pada orang lain. Malah, dengan menghadiahkan sebuah senyuman pada orang lain, kita bukan sahaja boleh menjalinkan sebuah ikatan persaudaraan, malah dalam Islam mengatakan senyuman itu merupakan satu sedekah. Aik, senangnya nak bagi sedekah kat orang tanpa modal. SENYUMAN! 

"Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah." Hadits Riwayat At Tirmidzi 

Senyum ye kawan – kawan semua. Senyumlah seikhlas mungkin, kerana dengan senyuman yang ikhlas tu kita bukan sahaja dapat menyejukkan hati sendiri, malah  membantu orang lain untuk merasa aman dan selamat apabila memandang wajah kita.  Senyuman bukan sahaja sekadar  gerakan wajah, malah menurut satu kajian yang dibuat oleh mereka yang bijak pandai, ketika tersenyum, satu hormon yang dinamakan sebagai ‘endorphin’ dihasilkan. Penghasilan hormon  ini dapat mengurangkan rasa sakit secara fizikal dan emosi seterusnya menjadikan seseorang tu selesa dengan diri sendiri. Ahak.. Kalau agak korang rasa tak selesa dengan diri sendirI, korang berdiri depan cermin lepas tu ukirkan senyuman untuk diri sendiri. Itu terapi sebenarnya, terapi awet muda dan motivasi untuk lebih menghargai diri sendiri. 

 Korang mesti setuju dengan aku kan, bila kadang-kadang duduk depan cermin tiba – tiba tersenyum sendirian, lepas tu hati kecil pun mula berkata – kata,” cantik gak aku senyum”. Hahaha, betul kan, jangan bohong la, kalau tak banyak kali, sekali pun korang mesti pernah tercakap macam tu. Aku lain la, aku memang suka puji diri sendiri cantik, walaupun orang kat luar sana enggan nak akui aku cantik, aku redha je, sebab aku tau aku cantik. Pegh, puji diri sendiri la plak. Bosan..hahaha..
Aku pun suka senyum gak..Sebab aku tau, senyuman aku ada ‘aura’. Hehehe, perasan la pulok. Sebenarnya aku nak berkongsi fakta, cerita, kajian, macam – macam la mengenai senyuman. Nampak senang je kan nak tersenyum, tapi ramai orang yang rasa payah untuk melemparkan senyuman. Lebih – lebih lagi pada orang yang dia sendiri tak kenal. Tapi lepas korang baca tulisan aku ni, mesti korang nak tersenyum sepanjang hari macam aku.^___________^.

 Korang nak tau tak, apabila aku tersenyum..( Aku tu merujuk pada orang yang baca artikel ni ye, walaupun dia sebenarnya tak suka tersenyum ^_^)

1.      1. Semasa senyum, kita hanya menggerakkan 17 otot muka. Kalau kita memasamkan diri sebanyak 43 otot muka dikerah untuk menghasilkan muka masam tu.Aik, nampaknya lebih mudah senyum daripada memasamkan muka kan..^_^

2.       2. Para saintis dari Universiti Pusat Perubatan California  dalam kajian diorang mengatakan, terdapat dua jenis stress iaitu stress baik dan tak baik. Senyuman dan ketawa diklasifikasikan sebagai stress baik. Stress ni membantu untuk menjadi lebih releks..Kalau stress tak baik tu, ia hanya akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan tubuh. Contohnya marah.

3.    3.   Senyuman tu walaupun senang, tapi kesannya besar tau. Ia mampu merendahkan tekanan darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah dan merangsang proses penyembuhan.

So, korang yang tengah hadapi masalah tu bawak – bawak la tersenyum yak, tak rugi pun melemparkan senyuman ni. Dah terbukti pun senyuman tu banyak manfaatnya.

Oklah, aku dah ambil beberapa kebaikan senyuman daripada sudut sains. La ni mari kita baca pula apa pandangan Islam mengenai senyuman.

1.Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam dalam suatu kesempatan pernah bersabda,”Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah”. (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi). Subhanallah! Ini termasuk ibadah yang paling mudah.

2. "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Aku dah bagi fakta dari sudut saintifik dan Islam. So, kalau korang tak nak lagi melemparkan senyuman aku pun tak tahu la. Peliknya, kenapa taknak senyum ek, walhal senyum tu bukanlah payah sangat. Ada orang taknak senyum sebab dah tunjuk garang depan anak – anak supaya lebih dihormati, ada orang taknak senyum sebab nak tunjuk kuasa pada orang bawahan, ada orang taknak senyum sebab tak de gigi.hehehe..gurau je..Tapi sebenarnya, walau siapapun kita, apapun pangkat kita, banyak mana pun harta kita, kita akan lebih dihormati dan dikasihi apabila kita bersikap positif pada orang lain.

Cubalah belajar untuk tersenyum, belajar untuk menghargai orang lain.Kalau korang ketua kat tempat kerja, rajin – rajin la senyum pada orang bawahan supaya orang bawahan yang seharian penat bekerja tu takde la rasa tertekan sangat bila tengok muka korang. Hayati hadis kat bawah ni.

“Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)

Kalau korang sebelum ni rasa malas sangat nak senyum, mulai hari ni belajar – belajar la tersenyum. Lemparkan saje senyuman korang tu kat orang yang korang jumpa dengan penuh keikhlasan. Tapi jangan la senyum tak memasai lak, duduk sesorang tetiba korang senyum dan diakhiri dengan gelak besar, sah – sah la korang akan dapat title ‘giler’ lepas tu. Yang itu aku tak sarankan ok. Cubalah amalkan, nanti korang akan alami perubahannya..Jiwa terasa tenang, fikiran jadi aman, muka jadi awet muda..Eh, mana aku tahu ni? Hahaha, cubalah, sebab aku dah cuba.

 Senyum tu penawar hati yang duka, andai korang tengah susah hati, lepas tu korang buat muka serabut, lagi la makin bertambah – tambah sakit jiwa tu. Tapi kalau korang tengah ada masalah, lepas tu korang laluinya dengan senyuman, korang akan dapati kesannya sedikit berbeza.Sebab, orang yang lalui sesuatu masalah dengan senyuman itu lebih redha daripada orang yang lalui masalah dengan muka masam mencuka. Bila dah redha, Allah pun senang bantu kita selesaikan masalah. Betul tak?

Ok? Senyum ye..Tak rugi apa – apa pun bila kita tersenyum..Kalau dah malas sangat nak senyum kat orang lain, senyum kat diri sendiri pun jadilah..

Senyumlah seperti saya sebab saya punya senyuman yang manis yang bisa buat diri awak rasa sejuk dan selesa dengan saya..( perasan la pulok kan..apa-apa la, yang penting jangan lupa tersenyum)
^___________^

Kalau korang nak tahu, Rasulullah SAW tu pun sentiasa tersenyum tau walaupun diri ditimpa musibah dan berdepan dengan musuh – musuh yang kejam lagi ganas. Malah menurut satu hadis, para sahabat menyatakan Baginda Rasulullah adalah orang yang paling banyak tersenyum sepanjang hayatnya. Tapi senyuman baginda bukanlah macam kita, senyum sampai nampak anak tekak. Itu bukan senyum bai, itu ketawa namanya. Huhu..Walaupun baginda seorang pemimpin agung, sentiasa berdepan dengan musuh – musuh Islam, dan segala macam dugaan, baginda juga bukanlah seorang yang terlalu serius, masih pandai buat lawak. Takde la macam sesetengah bos kita kat pejabat tu kan, muka serius cam singa. Orang bawah yang tengah stress tahap cipan ni lagi la stress bila tengok muka bos cam gitu. ( Bos korang la yek bos aku ok ^_^)

Melalui pembacaan aku sebelum ni, aku ada la terjumpa beberapa kisah lucu para anbia kita dulu -  dulu. Kat sini aku turunkan beberapa kisah lawak yang dibuat oleh para Rasul kita..

1.       Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam
Muhammad bin Ka’ab Al-Qurazhi mengisahkan tentang seorang lelaki yang datang mengadu kepada Nabi Sulaiman AS seraya berkata; “Wahai Nabi Allah!. Aku memiliki beberapa orang tetangga yang kerjanya mencuri angsa-angsaku”.

Serta merta, baginda ‘alaihissalam mengajak rakyatnya untuk solat berjemaah. Selesai solat, baginda berkhutbah,  tiba – tiba dalam khutbahnya baginda berkata, “Aduh…, sungguh tak tahu malu. Di antara kalian ada yang dengan tegar mencuri angsa milik tetangganya. Eh…, dia datang ke masjid, tak tahunya di kepalanya masih melekat bulu angsa!”.Spontan, seorang lelaki yang memang mencuri angsa tersebut, mengusap-usap kepalanya. Dan ternyata tak ada bulu angsa di kepalanya.
Nabi Sulaiman ‘alaihissalam segera berkata, “Itu dia pencurinya, tangkap!!!”.

2.                  Nabi Muhammad SAW

Juga dikisahkan, ada seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW. Kemudian beliau bertanya, “Anda isteri siapa..?”. Wanita itu lalu menyebutkan nama suaminya. Beliau pun bertanya, “Yang ada putih-putih di matanya?”.

Wanita itu kemudian segera pulang. Sesampainya di rumah dan ketika pertama kali berjumpa dengan suaminya, matanya menyelidik dan memperhatikan wajah suaminya. Si suami yang kehairanan bertanya, “Ada apa denganmu?”. “Tadi Rasulullah bertanya, apakah suamimu si fulan yang di matanya ada putih-putihnya?”. Suaminya menjawab, “Ya. Bukankah memang warna putih di mataku itu lebih banyak daripada warna hitamnya?”. 

Korang masih tak tersenyum.Alahai, ruginya senyuman yang manis tu disimpan je kan. Senyumlah, senyuman tu kan satu sedekah. Dah la tak mampu sedekah dengan harta benda, sedekah dengan senyuman pun tak mau, tak tahu la nak cakap camana. Okeh aku ada lagi cerita lucu untuk korang, baca ye titipan terakhir ni.. Tapi yang ni aku ‘copy n paste’ je, sebab takut hilang originalitynya lak.

1.      Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2.      Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3.      Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

4.      Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur

Ha, kan dah tersenyum. Manis pun senyuman tu, kenapa nak malu mengukirkan senyuman. Mungkin bukan semua yang suka tengok kita tersenyum kan.. Tapi, dalam diam kita tak tahu, ada seseorang yang sedang mengagumi senyuman kita, dan menjadi satu angau padanya.hikhikhik.. Rasulullah yang maksum tu pun pandai bergurau dan tersenyum , orang macam kita ni apatah lagi.. ingat ye senyum, bukan ketawa. Ketawa yang berlebihan tu akan mematikan hati. Wassalam.. ^_^.

Wednesday, September 22, 2010

Orbit Cinta..



Assalamualaikum..

Kalimah indah pembuka cerita..Lama aku tak berkata-kata.. Menyepi tanpa bicara. Bukan tiada berita.. Cuma masa yang mengekang suara.. Lama menyepi bukan bererti mati. Menyepi untuk mencari ketenangan hakiki, yang entah dimana bersembunyi..

"Ada rindu yang membenih, ada sayang yang kian berbunga, ada kasih yang lebat berbuah, ada cinta yang semakin galak membiak.."

Alahai.. Lain benar je lenggok bicaraku, di luar kebiasaankan. Senadalah  dengan perasaan dan mood aku saat ini. Korang tentu boleh baca bagaimana isi hatiku kan. Penuh dengan bunga – bunga bahagia dan ketenangan.. Bicara kali ini dibauri rasa rindu, rasa sayang, kasih dan cinta yang sedang menggebu dalam hati. Terasa terlalu ‘obvious’ perasaan yang menjalar dalam diri ketika ini. Sehinggakan aku yang selalu panas baran ni boleh dengan mudah menewaskan rasa amarah yang berlegar dalam diri.Hehehe, kuatnya kuasa cinta..

Bukan untuk membangga diri, sekadar ingin berkongsi rasa bahagia dan gembira ini bersama – sama.  Semoga cerita gembiraku ini, turut membahagiakan korang. Betul kan, bila kita dengar orang yang kita sayang, orang yang kita kenal sedang bahagia, tak semena – mena kita turut merasa bahagia. Kalau yang baik hati tu, pasti doa dititipkan pada sang teman, supaya kebahagiaan itu berkekalan. Tapi kalau yang busuk hati tu, selalu je nak doakan yang tak baik, pantas je bicarakan yang buruk. Entah kenapa hati enggan terima orang lain lebih bahagia dari diri sendiri ( bahagia tu kena cari bai, bukan hanya bergoyang kaki. Kena usaha, lepas tu disusuli dengan doa dan tawakal. Bukan hanya berdoa, berdoa dan berdoa terus tanpa usaha.Sape yang nak kasi, betul tak?)

Sebuah hadis mengenai cinta ini disebutkan oleh nabi: “Apabila kamu terlalu bersangatan cinta terhadap seseorang itu, maka mata kamu menjadi buta dan telinga kamu menjadi tuli.”

Ahaks, sanggup ke kita dibuta dan ditulikan oleh cinta. Tak mau, tak mau.. Time tu, bila member kata pasangan kita tu cacat ke, buruk ke kita tak ambil kisah dah. Malah member lak kena ‘sound’ kononnya cemburu dengan kebahagiaan yang kita kecapi. Nasihat mak bapak pun disanggah, kononnya mereka belum mengenali ‘si dia pujaan hati’. Hehehe..Jangan nak tipu la bai, aku pun cam korang gak dulu..Tapi betulkan, selalunya begitulah, bila hati dilamun ombak asmara, kewarasan akal menghilang. Diri tiba – tiba menjadi seperti robot yang dikawal oleh ‘remote control (cinta le tu ).

Kegagalan cinta lalu banyak mengajarku untuk menjadi lebih matang ( sesuai la kan dengan usia. Hehe ) Kali ini aku cuba untuk meletakkan ilmu, iman dan rasional tu jauh ke depan mendahului rasa cinta itu sendiri. Juga meletakkan DIA dan keluarga di tangga teratas, semoga rasa cinta ini lebih diberkati. Kekecewaan dalam percintaan yang lalu membuatkan aku lebih berhati – hati dalam membuka pintu hati ini untuk insan bergelar lelaki. Bukanlah fobia untuk bercinta lagi, tapi aku tak mahu ‘pisang berbuah berkali – kali’. Kalau pisang yang berbuah tu baik takpe gak, ni semuanya jadi buruk.hehehe..Bukanlah menyalahkan sesiapa saat kasih itu terlerai kerana aku percaya tiada manusia sesempurna Rasulullah SAW. Aku enggan meletakkan kesilapan pada sebelah pihak sahaja kerana aku sedar aku juga punya kekurangan, dan aku percaya perjalanan kehidupan ini telah ditentukan Cuma kita sahaja yang perlu menggerakkannya supaya ia berjalan seperti yang dirancang dan ditentukan.Mungkin juga kerana keengganan aku menyalahkan orang lain dalam leraian kasih dahulu, aku terima habuannya kini. Hahahaha..

Benar!! Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Aku menangis tatkala kasih yang kutatang menghilang, tapi kata – kata dan nasihat bonda saat kuceritakan gejolak rasa yang sedang membara membuatkan hatiku menjadi sejuk, dingin..Hilang segala rasa marah, kecewa, sedih, cemburu, dengki dan segalanya.

Kata Bonda, “Soal jodoh ni kita tak boleh nak jangka. Mungkin kita berkawan dengan orang ni, tapi tunang dan kawin dengan orang lain. Kalau kita bermati – matian nak juga dengan orang tu belum tentu kita bahagia. Redhalah dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Mungkin ada yang lebih baik yang Dia sediakan untuk kita. Doakan dia bahagia dengan pilihannya, semoga bahagia tu tempias pada kita. Jangan dengki-dengki sebab nanti kita sendiri rasa sakit hati.”

Sejuknya la aku dengar bonda berbicara, terasa mudahnya nasihat tu melekat di hati ini. Pantas kuketepikan perasaan negatif yang kusimpan lewat perpisahan lalu. Doa – doa kebahagiaan terus mengambil tempat dalam setiap solatku. Saat itu, aku mulai mengecapi rasa bahagia yang entah datang dari mana. Bahagia mendoakan kabahagiaan orang lain, bahagia kerana berjaya mengenepikan rasa cemburu, marah dan sakit hati dalam diri, bahagia kerana aku kini mulai menikmati ketenangan dalam hidup. Memang jelas dan terbukti, selagi mana kita berfikiran positif, selagi itu kita merasa tenang. Sedikit demi sedkit aku buka hati ini untuk menyayangi semua yang ada di sisi. Aku enggan meletakkan rasa iri dan benci di hati ini. Kerana apa? Kerana aku percaya….

"Semakin lebar senyuman ku pada orang, semakin lebar senyuman orang kepadaku.. Semakin ramai aku merindui org, smkn ramai yang merinduiku..semakin banyak aku menyayangi & menyintai org, smkn ramai org menyayangi & menyintaiku..semakin aku berusaha memahami org, smkin ramai yang cuba memahami diriku..semakin aku cuba utk membahagiakan org, semakin aku menikmati kebahagiaan itu"

Mula – mulanya hati ini enggan juga bersikap baik pada mereka yang telah menyakiti perasaan ku, tapi tiap kali teringatkan pesan bonda, teringatkan kebaikan keluarganya, teringatkan jasa – jasa dia padaku, aku kira aku tak punya sebab untuk membenci. Aku belajar untuk meredhai kehilangan kasih tu. Akhirnya, kulihat bunga – bunga rindu, bunga – bunga sayang, bunga – bunga cinta yang kian mekar  tumbuh sekelilingku. Itulah hikmah yang aku perolehi di sebalik semuanya yang berlaku ini. ^__^. Sooooooo Swwweeeeeetttt!!!

Dari Anas ra. dari Nabi SAW. bersabda: ”Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, niscaya ia akan merasakan manisnya iman, yaitu: Hendaknya Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain. Hendaklah bila ia mencintai seseorang semata-mata karena Allah. Hendaklah ia benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci kalau akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR. Bukhari)

Aku nekad untuk membentuk rasa cinta ini dengan sebaik mungkin, dengan laluan yang betul, dengan cara yang betul. Doakan aku berjaya ya ^_^. Aku ingin nikmati rasa cinta itu dengan jalan yang berbeza. Kucuba untuk serasional mungkin melayari rasa cinta ini, supaya aku tidak lagi lemas dalam lautan rindu. Ahaks..jiwangnya..Menci^_^

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitulah sebaliknya. So, untuk mendapatkan pasangan yang baik, kita kenalah baiki diri dulu menjadi baik.Barulah adil. Allah sendiri dah berfirman…

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS. Ar Rum: 21

Rasa cinta tu bukan hanya terletak pada keindahan fizikal, tapi juga keindahan rohani, keserasian jiwa, saling memahami, saling menyayangi, saling bertolak ansur, bantu membantu, saling melengkapi. Andai sedari awal, kita dengan jelas melihat kepincangan diri pada pasangan dan kita akui kita sendiri tak mampu untuk menerimanya, kenapa perlu memaksa diri untuk teruskan juga perjalanan cinta itu. Kenapa takut untuk membuat keputusan. Kenapa perlu gadaikan kebahagiaan sendiri untuk orang lain yang tidak tahu menghargai. Kenapa perlu menjadi buta hanya kerana cinta. Jangan takut untuk merasa kecewa dalam bercinta.Gagal bercinta bukanlah pengakhir sebuah kehidupan, sebaliknya ia permulaan untuk kita bersikap lebih dewasa dan rasional dalam bertindak (bagi yang ingin berfikir la ). 

Dulu, saat mula – mula hilang cinta, ku rasa pincang untuk bergerak sendiri, jiwa berserabut, malu berhadapan dengan semua orang, berpura – pura bahagia sedangkan jiwa terseksa. Saat kuluahkan perkara sebenar kepada bonda, awan mendung bertukar rupa. Memang malu berbicara soal kasih yang tak berkesampaian sementelah semua ahli keluarga telah menyukai ‘si dia’. Bermacam rasa berkecamuk dalam hati, takut ditertawakan, takut ditempelak, tapi apakan daya aku tak mampu menyimpan sendiri rasa sakit kecewa cinta tu. Alhamdulillah, bonda terima dengan penuh ketenangan, dengan penuh keredhaan. Yang paling penting, bonda tidak meletakkan kesalahan pada sesiapa, yang lagi penting bonda sama – sama mendoakan kebahagiaan ‘si dia’. Walaupun tahu anaknya sedang menangis hiba. Ahaks susahnya menahan air mata saat bercerita dengan bonda. Lucunya bonda pun  teringin untuk merasai nasi minyak ‘si dia’. Hehehe.. Seronokkan bila hati tiada sengketa.

Cukuplah kan, bicaraku soal cinta kali ini. Cinta tu fitrah seorang manusia. Ingin dicintai, dikasihi, disayangi, dilindungi adalah perkara normal. Sehebat mana pun dirimu, pasti ada rasa sunyi di hati andai tiada peneman di sisi. Nabi Adam sendiri berdoa kepada Allah saat Baginda keseorangan di Syurga. Kita ini manusia biasa apatah lagi kan. Jangan keraskan hati untuk menafikan rasa cinta di hati, semakin kita menafikan perasaan tu, semakin terseksa jiwa. Biarkan ia menjalar dalam diri, pupuk ia menjadi satu naluri yang suci, yang diberkati, yang dirahmati. Bukan sebagai penyebab sengketa, yang mencambahkan rasa benci dan iri. Selagi mana kita ingin dikasihi, dirindui, disayangi, dicintai selagi itu kita akan memperolehinya. Jangan jadikan diri sendiri sebagai pembunuh rasa cinta itu. Cinta juga seperti rezeki, perlu dicari, diusahakan, kemudian diiringi dengan doa dan tawakal. Jangan terlalu mengharapkan pada DIA di atas sana untuk menentukan pada kita. Segalanya perlu diusahakan. Yang bulat tak kan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang andai tiada sesuatu yang menggerakkannya..

Aku selalu baca doa ni time lepas solat. Try la sape – sape yang senasib dengan aku.

“ Ya Allah, Ya Rabbul Izati, jika Engkau telah tentukan jodohku dengan ‘si fulan bin si fulan’, maka panjangkanlah jodoh kami, kukuhkanlah hubungan kami, percepatkanlah perkahwinan kami. Bantulah kami untuk saling melengkapi, menyayangi, menyintai keranaMu Ya Allah. Bantulah kami untuk membina sebuah keluarga sakinah yang penuh keberkatan dan keredhaan daripadaMu. Seandainya dia bukan jodohku, Engkau temukanlah aku dengan seseorang yang lebih baik daripadanya, yang dapat membimbingku menjadi isteri dan insan yang solehah. Jauhkanlah rasa kecewa, dendam, marah dan sebagainya dari dalam diriku ini. Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba – hambaMu. Amin, Ya Rabbal Alamin.”

Salam cinta, kasih dan sayang untuk semua..^___^