Saturday, December 11, 2010

Jodoh oh Jodoh..


^_^ Salam cinta kasih sayang semua..

Masa raya korban tu aku berkesempatan menonton filem 'SYIRGA CINTA' buat julung-julung kalinya..Huhuhu, cite tu dah basi pada orang lain, tapi itulah kali pertama aku berkesempatan menontonnya..Banyak kata - kata menarik yang diungkapkan dalam filem tu..Tapi yang aku paling ingat satu  ungkapan yang diucapkan olehatuk Siti Syuhadah tu cakap kat Awal.. Lebih kurang ye aku mengulang cetak apa yang dicakapkan. "Jodoh tu ada tiga. Yang pertama jodoh kerana syaitan. Contohnya, bla..bla..bla..Yang kedua jodoh kerana jin. Contohnya, jika kamu sukakan Siti Syuhadah, tapi Siti tak sukakan kamu, kamu cari dukun dan bomohkan dia, dia pun tergila-gilakan kamu. Dan kamu berdua pun berkahwin..Yang ketiga jodoh kerana Allah. Cinta tu memandah Allah swt telah tetapkan sejak dari azali lagi, ia lahir dari mata kemudian turun ke hati, kemudian kamu meminang nya,dia terima dan kamu pun  berkahwin..Lebih kurang la. Aku pun bukan mesin cetak yang ingat 100% apa yang org tu cakap, nak2 cerita tu pun dah agak lama aku tengok.huhu..

Kali ini aku sangat terpanggil untuk bercerita soal jodoh. Pada usia yang dah menjangkau suku abad ni,  memang semakin banyak dah suara-suara nakal yang menanyakan aku soal kawin, soal buah hati, soal tunang. Sebagai hamba Allah yang sangat kerdil, apalah dayaku andai jodoh yang kunanti belum jua muncul tiba. Dan apalah dayaku sebagai seorang pompuan untuk menggedik meminang lelaki yang menjadi idaman hati. Bak kata BOS aku, " jodoh tu tak perlu dicari, ia akan datang sendiri." Tapi aku taknak percaya 100% apa yang dia katakan tu. Ye la, kan selalu orang kata, kalau kita tak usahakan sesuatu takkan benda tu datang bergolek dengan sendiri kan. Yang aku selalu pegang untuk mendapatkan sesuatu adalah "DUIT". Dengan prinsip "DUIT" semua perkara yang mustahil insya Allah akan berhasil. Bila aku berpegang dengan prinsip ni jangan la plak kata aku ni materialistik, DUIT yang aku maksudkan bukanlah WANG, tapi ia adalah singkatan kepada Doa, Usaha, Ikthiar dan Tawakal.

Jujurnya memang aku agak rimas, bosan dan tertekan bila ada yang asyik bertanya dah ada pakwe ke belum, bila nak kawin, bila nak bertunang? Kalau ikutkan hati nak je aku jerit kuat - kuat depan muka diorang yang dok bertanya ni, " KO SIBUK - SIBUK APAHAL!!!!". Tapi nanti kang nampak sangat kurang ajarnya dan akan hilang segala keindahan seoarang wanita yang masih bergelar nak dara. hehehe.. So, kalau ada yang bertanya tentang tu aku cuba berlembut, tapi kalau tak faham2 gak, memang nak kena dengar bebelan  la daripada aku. Terseksa jiwa beb.

Aku tak faham, kenapa orang luar terlalu kisah bila berkaitan dengan jodoh ni. Bila aku takde pakwe, sibuk tanya bila nak ada pakwe, bila aku declare aku dah berpakwe, kepoh lak tanya bila nak kawin, agaknya bila aku dah kawin nanti sibuk lak tanya bila nak ada anak..adoi, manusia tolong la jangan jadi "sibuk badan@busy body" sangat. Lalui je la kehidupan ini dengan penuh rasa toleransi. Kalau korang dah bertemu jodoh awal dengan kekasih hati, jangan la persendakan orang lain yang belum punya rezeki dalam soal jodoh ni.

Yang pelik dan agak lucunya, bonda ngan ayahanda aku kat kampung pun tak bising pun aku lum kawin..takde lak depa dok tanya aku bila nak kawin, bila nak kenalkan mak ngan bakal menantu. Bukan sekadar tak bertanya, malah hint pun diorang tak penah bagi. hahahaha. kelako la korang ni..

Bukan tak memikirkan soal jodoh, aku pun manusia normal macam orang lain gak, inginkan teman hidup, punya keluarga dan kehidupan berpasangan seperti orang lain. Tapi andai Allah SWT yang Maha Agung tu belum tetapkan waktu untuk aku berkahwin aku terima dengan penuh redha. Mungkin Dia ada perancangan terbaik untukku^_____^. Di waktu2 aku sendirian ni, biarlah aku mengejar segala cita 2- cita dan impianku selama ini, semoga apabila aku sudah punya komitmen kepada seorang insan bergelar suami nanti aku tak terkilan andai tak punya kesempatan lagi mengejar cita - cita itu. Bukanlah nak cakap perkahwinan itu mengekang kejayaan seseorang, ramai je orang yang berkahwin semakin berjaya. tapi kita sendiri tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan kan? So, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.. Pada korang yang suka sangat tanya pasal jodohku, pada korang yang sayang sangat kat aku, pada korang yang berdebar - debar menatikan jodohku..hehehe, doakanlah aku semoga cepat2 melangkah ke gerbang perkahwinan  ye..aku pun tak sabar untuk bersatu dengan pria pujaanku^________^. Aku sedang berbahagia sekarang..
Thanks "korang"

Friday, November 12, 2010

saya..kamu..dan...

Assalamualaikum..

Lamanya aku meninggalkan alam penulisan ni. Terasa rindu benar untuk berkata-kata berkongsi cerita dan rasa.huhu..Cuma kekangan waktu sedikit menghalang jari jemari ini untuk pantas menari. Dah hampir sebulan aku memulakan tugas baru, di tempat baru. Satu pekerjaan yang tak pernah aku bayangkan sebelum ini. hehehe..Semuanya serba baru bagiku.Cabaran baru, juga tekanan baru . Buat masa ni, aku masih berusaha dan belajar menyesuaikan diri di tempat baru ini. Harap - harapnya Allah sentiasa bersamaku untuk menjadi tunjang kekuatanku. Amin!!

Minggu pertama, minggu kedua semuanya berjalan lancar..Masuk minggu ketiga, bahang ketensionan dah semakin terasa. Aku yang cuma 'ikan bilis' di opis tu pun turut terasa tempiasnya.hehehe. Tapi alhamdulillah, sekarang semuannya dah berjaya di lalui kami semua.

Aku bukanlah nak berbicara panjang lebar tentang tempat kerja baru ni, takut-takut ada rahsia sulit syarikat yang terlepas keluar dari mulut si bekas wartawan ni, kan naya aku dibuatnya..Ada ke rahsia company yang aku simpan..hahahaha..sengal tol la.

Seminggu dua ni perasaan aku memang sangat kurang stabil..Emosi aku memang asyik turun, turun, turun then baru la naik. Bila emosi aku macam ni memang aku jadi sangat sensetif, aku jadi sorang yang sangat baran, beremosi dan aku jadi "kejam". Selalu memangsakan orang lain dan mengheret sama mereka ke dalam masalah yang mereka sendiri taktau apa-apa.. Itulah masalahnya seorang aku bernama NURULAIN ni.

Memang aku sangat sedar dengan kelemahan dan keburukan aku yang satu ni, dan aku berusaha uuntuk kikis perangai " hampeh tebu" ni, tapi hampeh, masih gagal untuk bersikap rasional dan matang tiap kali berdepan situasi sulit. Selalunya, time macam ni la banyak " musuh-musuh " baru tercipta. Mengalahkan aku time segugut, time segugutpun aku leh "cool" lagi.Haahaaha..

Memang sukar nak memahami diriku. Bukan sorang dua yang berkata begitu, ramai yang cakap susah nak faham manusia yang punya perasaan 'complicated' macam aku ni. Saat aku sedang bersedih aku masih mampu tersenyum dan berlagak selamba, time aku gembira, aku susah sikit nak ekspresikan perasaan sedih.. Yang pasti bila aku sedang tension, aku mudah jadi haru biru dan aku boleh menyebabkan hidup orang lain jadi kelabu asap. Sangat bahaya bila aku terperangkap dalam zon tension.Saat ni perasaan aku memang sangat sensetif, macam duri semalu. Pantang tersentuh sikit, memang cepat bertindak balas. Macam tu la aku bila dah berada di zon tension ni, aku memang tak boleh nak terima teguran, nasihat, arahan, dan yang paling penting, aku sangat sensetif dengan lawak - lawak "BODOH". Memang selalunya, manusia yang cuba buat lawak bodoh tahap biawak time ni la akan menjadi mangsa serangan letusan "gunung berapi" dari aku..

Aku sedar, kadang - kala "manusia-manusia" yang buat lawak ni bukan sengaja untuk menambahkan ketensionan aku, aku sedar mereka cuba untuk meredakan keadaan aku, tapi aku bukanlah orang yang macam tu. Gurauan dan lawak time aku tengah tension adalah seperti bom jangka yang menanti masa untuk meletup. Selalunya, bila aku terpalit dengan keadaan tension ni, aku lebih suka berdiam diri, sunyi tanpa kata, sepi tanpa bicara. Sebab tu la, ada masanya aku seolah - olah hilang dari dunia ni. Terputus hubungan dengan yang lain. Selalunya, time - time macam ni, aku memang sangat malas nak balas mesej, jawab "call", untuk bukak FACEBOOK dan menulis komen lagi la aku tak kuasa nak layan.

Tapi bila aku senyap sunyi tanpa respon, pasti adalah 'insan-insan prihatin' yang akan merajuk. Diorang ingat mereka yang menyebabkan aku berdiam diri. Huhuhu..Kesian kan kawan - kawan aku. Susah nak faham keadaan aku. Kadang - kala aku yang tidak mahu membuka diri untuk difahami, itu aku akui sendiri. Memang aku bukan seorang yang suka bercerita tentang kehidupanku pada sebarangan orang. Kalau korang kenal aku sepuluh tahun pun belum tentu korang boleh kenal aku. Sangat complicated, cuma sekarang ni aku dah temui seseorang yang boleh berkongsi cerita, masalah dan rahsia bersama. Dah lama dia berada di sampingku, cuma bila meningkat dewasa begini baru aku sedari betapa istimewanya insan ini..Thanks so much,BONDA. Sejak akhir - akhir ni, aku lebih suka meluahkan segalka macam perkara kepada Bonda berbanding orang lain. Kalau dulu, aku lebih banyak berahsia kepada Bonda dan mencari kawan - kawan untuk berkongsi cerita, tapi saat diri semakin memamah usia ni, Bondalah yang menjadi pendengar omelanku. Hehehe, tiap kali berbicara dengan Bonda, terasa betapa lapangnya dada, terasa ringannya bebanan derita yang ditanggung. Istimewa sungguhkan seorang ibu ni. So, pada korang semua yang masih punya ibu, aku nasihatkan lah, janganlah  abaikan mereka. Hargailah mereka saat mereka masih berada di dunia ni. Jangan nanti bila kita dah berpisah dunia dengannya, barulah penyesalan tu datang. Saat tu memang takde guna lagi. Bagi yang sudah kehilangan ibubapa, jangan diputuskan hubungan dengan mereka. Perbanyakkanlah sedekahkan al-Fatihah untuk mereka. Semoga keikhlasan kita berdoa pada mereka akan dipandang Allah SWT...^_^

Yang penting, hargai sesiapapun yang beradadi sisi kita..Jangan jadi macam aku, suka memangsakan orang lain. Aku tak tau sampai bila la orang boleh bertahan dengan sikapku ini.. Tapi aku sentiasa berusaha untuk menjadi rasional sebaiknya..Doakan aku berjaya ye^_^


Wednesday, September 29, 2010

SENYUM SEMANIS SAYA ^_^


SENYUM..Satu perkataan dan perbuatan yang paling mudah kan. Dengan melemparkan sebuah senyuman, maka satu ikatan ukhwah tu boleh terbentuk. Hakikatnya, bukan susah mana pun nak mengukir senyuman. Tak perlukan modal pun untuk memberi senyuman pada orang lain. Malah, dengan menghadiahkan sebuah senyuman pada orang lain, kita bukan sahaja boleh menjalinkan sebuah ikatan persaudaraan, malah dalam Islam mengatakan senyuman itu merupakan satu sedekah. Aik, senangnya nak bagi sedekah kat orang tanpa modal. SENYUMAN! 

"Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah." Hadits Riwayat At Tirmidzi 

Senyum ye kawan – kawan semua. Senyumlah seikhlas mungkin, kerana dengan senyuman yang ikhlas tu kita bukan sahaja dapat menyejukkan hati sendiri, malah  membantu orang lain untuk merasa aman dan selamat apabila memandang wajah kita.  Senyuman bukan sahaja sekadar  gerakan wajah, malah menurut satu kajian yang dibuat oleh mereka yang bijak pandai, ketika tersenyum, satu hormon yang dinamakan sebagai ‘endorphin’ dihasilkan. Penghasilan hormon  ini dapat mengurangkan rasa sakit secara fizikal dan emosi seterusnya menjadikan seseorang tu selesa dengan diri sendiri. Ahak.. Kalau agak korang rasa tak selesa dengan diri sendirI, korang berdiri depan cermin lepas tu ukirkan senyuman untuk diri sendiri. Itu terapi sebenarnya, terapi awet muda dan motivasi untuk lebih menghargai diri sendiri. 

 Korang mesti setuju dengan aku kan, bila kadang-kadang duduk depan cermin tiba – tiba tersenyum sendirian, lepas tu hati kecil pun mula berkata – kata,” cantik gak aku senyum”. Hahaha, betul kan, jangan bohong la, kalau tak banyak kali, sekali pun korang mesti pernah tercakap macam tu. Aku lain la, aku memang suka puji diri sendiri cantik, walaupun orang kat luar sana enggan nak akui aku cantik, aku redha je, sebab aku tau aku cantik. Pegh, puji diri sendiri la plak. Bosan..hahaha..
Aku pun suka senyum gak..Sebab aku tau, senyuman aku ada ‘aura’. Hehehe, perasan la pulok. Sebenarnya aku nak berkongsi fakta, cerita, kajian, macam – macam la mengenai senyuman. Nampak senang je kan nak tersenyum, tapi ramai orang yang rasa payah untuk melemparkan senyuman. Lebih – lebih lagi pada orang yang dia sendiri tak kenal. Tapi lepas korang baca tulisan aku ni, mesti korang nak tersenyum sepanjang hari macam aku.^___________^.

 Korang nak tau tak, apabila aku tersenyum..( Aku tu merujuk pada orang yang baca artikel ni ye, walaupun dia sebenarnya tak suka tersenyum ^_^)

1.      1. Semasa senyum, kita hanya menggerakkan 17 otot muka. Kalau kita memasamkan diri sebanyak 43 otot muka dikerah untuk menghasilkan muka masam tu.Aik, nampaknya lebih mudah senyum daripada memasamkan muka kan..^_^

2.       2. Para saintis dari Universiti Pusat Perubatan California  dalam kajian diorang mengatakan, terdapat dua jenis stress iaitu stress baik dan tak baik. Senyuman dan ketawa diklasifikasikan sebagai stress baik. Stress ni membantu untuk menjadi lebih releks..Kalau stress tak baik tu, ia hanya akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan tubuh. Contohnya marah.

3.    3.   Senyuman tu walaupun senang, tapi kesannya besar tau. Ia mampu merendahkan tekanan darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah dan merangsang proses penyembuhan.

So, korang yang tengah hadapi masalah tu bawak – bawak la tersenyum yak, tak rugi pun melemparkan senyuman ni. Dah terbukti pun senyuman tu banyak manfaatnya.

Oklah, aku dah ambil beberapa kebaikan senyuman daripada sudut sains. La ni mari kita baca pula apa pandangan Islam mengenai senyuman.

1.Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam dalam suatu kesempatan pernah bersabda,”Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah”. (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi). Subhanallah! Ini termasuk ibadah yang paling mudah.

2. "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Aku dah bagi fakta dari sudut saintifik dan Islam. So, kalau korang tak nak lagi melemparkan senyuman aku pun tak tahu la. Peliknya, kenapa taknak senyum ek, walhal senyum tu bukanlah payah sangat. Ada orang taknak senyum sebab dah tunjuk garang depan anak – anak supaya lebih dihormati, ada orang taknak senyum sebab nak tunjuk kuasa pada orang bawahan, ada orang taknak senyum sebab tak de gigi.hehehe..gurau je..Tapi sebenarnya, walau siapapun kita, apapun pangkat kita, banyak mana pun harta kita, kita akan lebih dihormati dan dikasihi apabila kita bersikap positif pada orang lain.

Cubalah belajar untuk tersenyum, belajar untuk menghargai orang lain.Kalau korang ketua kat tempat kerja, rajin – rajin la senyum pada orang bawahan supaya orang bawahan yang seharian penat bekerja tu takde la rasa tertekan sangat bila tengok muka korang. Hayati hadis kat bawah ni.

“Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)

Kalau korang sebelum ni rasa malas sangat nak senyum, mulai hari ni belajar – belajar la tersenyum. Lemparkan saje senyuman korang tu kat orang yang korang jumpa dengan penuh keikhlasan. Tapi jangan la senyum tak memasai lak, duduk sesorang tetiba korang senyum dan diakhiri dengan gelak besar, sah – sah la korang akan dapat title ‘giler’ lepas tu. Yang itu aku tak sarankan ok. Cubalah amalkan, nanti korang akan alami perubahannya..Jiwa terasa tenang, fikiran jadi aman, muka jadi awet muda..Eh, mana aku tahu ni? Hahaha, cubalah, sebab aku dah cuba.

 Senyum tu penawar hati yang duka, andai korang tengah susah hati, lepas tu korang buat muka serabut, lagi la makin bertambah – tambah sakit jiwa tu. Tapi kalau korang tengah ada masalah, lepas tu korang laluinya dengan senyuman, korang akan dapati kesannya sedikit berbeza.Sebab, orang yang lalui sesuatu masalah dengan senyuman itu lebih redha daripada orang yang lalui masalah dengan muka masam mencuka. Bila dah redha, Allah pun senang bantu kita selesaikan masalah. Betul tak?

Ok? Senyum ye..Tak rugi apa – apa pun bila kita tersenyum..Kalau dah malas sangat nak senyum kat orang lain, senyum kat diri sendiri pun jadilah..

Senyumlah seperti saya sebab saya punya senyuman yang manis yang bisa buat diri awak rasa sejuk dan selesa dengan saya..( perasan la pulok kan..apa-apa la, yang penting jangan lupa tersenyum)
^___________^

Kalau korang nak tahu, Rasulullah SAW tu pun sentiasa tersenyum tau walaupun diri ditimpa musibah dan berdepan dengan musuh – musuh yang kejam lagi ganas. Malah menurut satu hadis, para sahabat menyatakan Baginda Rasulullah adalah orang yang paling banyak tersenyum sepanjang hayatnya. Tapi senyuman baginda bukanlah macam kita, senyum sampai nampak anak tekak. Itu bukan senyum bai, itu ketawa namanya. Huhu..Walaupun baginda seorang pemimpin agung, sentiasa berdepan dengan musuh – musuh Islam, dan segala macam dugaan, baginda juga bukanlah seorang yang terlalu serius, masih pandai buat lawak. Takde la macam sesetengah bos kita kat pejabat tu kan, muka serius cam singa. Orang bawah yang tengah stress tahap cipan ni lagi la stress bila tengok muka bos cam gitu. ( Bos korang la yek bos aku ok ^_^)

Melalui pembacaan aku sebelum ni, aku ada la terjumpa beberapa kisah lucu para anbia kita dulu -  dulu. Kat sini aku turunkan beberapa kisah lawak yang dibuat oleh para Rasul kita..

1.       Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam
Muhammad bin Ka’ab Al-Qurazhi mengisahkan tentang seorang lelaki yang datang mengadu kepada Nabi Sulaiman AS seraya berkata; “Wahai Nabi Allah!. Aku memiliki beberapa orang tetangga yang kerjanya mencuri angsa-angsaku”.

Serta merta, baginda ‘alaihissalam mengajak rakyatnya untuk solat berjemaah. Selesai solat, baginda berkhutbah,  tiba – tiba dalam khutbahnya baginda berkata, “Aduh…, sungguh tak tahu malu. Di antara kalian ada yang dengan tegar mencuri angsa milik tetangganya. Eh…, dia datang ke masjid, tak tahunya di kepalanya masih melekat bulu angsa!”.Spontan, seorang lelaki yang memang mencuri angsa tersebut, mengusap-usap kepalanya. Dan ternyata tak ada bulu angsa di kepalanya.
Nabi Sulaiman ‘alaihissalam segera berkata, “Itu dia pencurinya, tangkap!!!”.

2.                  Nabi Muhammad SAW

Juga dikisahkan, ada seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW. Kemudian beliau bertanya, “Anda isteri siapa..?”. Wanita itu lalu menyebutkan nama suaminya. Beliau pun bertanya, “Yang ada putih-putih di matanya?”.

Wanita itu kemudian segera pulang. Sesampainya di rumah dan ketika pertama kali berjumpa dengan suaminya, matanya menyelidik dan memperhatikan wajah suaminya. Si suami yang kehairanan bertanya, “Ada apa denganmu?”. “Tadi Rasulullah bertanya, apakah suamimu si fulan yang di matanya ada putih-putihnya?”. Suaminya menjawab, “Ya. Bukankah memang warna putih di mataku itu lebih banyak daripada warna hitamnya?”. 

Korang masih tak tersenyum.Alahai, ruginya senyuman yang manis tu disimpan je kan. Senyumlah, senyuman tu kan satu sedekah. Dah la tak mampu sedekah dengan harta benda, sedekah dengan senyuman pun tak mau, tak tahu la nak cakap camana. Okeh aku ada lagi cerita lucu untuk korang, baca ye titipan terakhir ni.. Tapi yang ni aku ‘copy n paste’ je, sebab takut hilang originalitynya lak.

1.      Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2.      Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3.      Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

4.      Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur

Ha, kan dah tersenyum. Manis pun senyuman tu, kenapa nak malu mengukirkan senyuman. Mungkin bukan semua yang suka tengok kita tersenyum kan.. Tapi, dalam diam kita tak tahu, ada seseorang yang sedang mengagumi senyuman kita, dan menjadi satu angau padanya.hikhikhik.. Rasulullah yang maksum tu pun pandai bergurau dan tersenyum , orang macam kita ni apatah lagi.. ingat ye senyum, bukan ketawa. Ketawa yang berlebihan tu akan mematikan hati. Wassalam.. ^_^.

Wednesday, September 22, 2010

Orbit Cinta..



Assalamualaikum..

Kalimah indah pembuka cerita..Lama aku tak berkata-kata.. Menyepi tanpa bicara. Bukan tiada berita.. Cuma masa yang mengekang suara.. Lama menyepi bukan bererti mati. Menyepi untuk mencari ketenangan hakiki, yang entah dimana bersembunyi..

"Ada rindu yang membenih, ada sayang yang kian berbunga, ada kasih yang lebat berbuah, ada cinta yang semakin galak membiak.."

Alahai.. Lain benar je lenggok bicaraku, di luar kebiasaankan. Senadalah  dengan perasaan dan mood aku saat ini. Korang tentu boleh baca bagaimana isi hatiku kan. Penuh dengan bunga – bunga bahagia dan ketenangan.. Bicara kali ini dibauri rasa rindu, rasa sayang, kasih dan cinta yang sedang menggebu dalam hati. Terasa terlalu ‘obvious’ perasaan yang menjalar dalam diri ketika ini. Sehinggakan aku yang selalu panas baran ni boleh dengan mudah menewaskan rasa amarah yang berlegar dalam diri.Hehehe, kuatnya kuasa cinta..

Bukan untuk membangga diri, sekadar ingin berkongsi rasa bahagia dan gembira ini bersama – sama.  Semoga cerita gembiraku ini, turut membahagiakan korang. Betul kan, bila kita dengar orang yang kita sayang, orang yang kita kenal sedang bahagia, tak semena – mena kita turut merasa bahagia. Kalau yang baik hati tu, pasti doa dititipkan pada sang teman, supaya kebahagiaan itu berkekalan. Tapi kalau yang busuk hati tu, selalu je nak doakan yang tak baik, pantas je bicarakan yang buruk. Entah kenapa hati enggan terima orang lain lebih bahagia dari diri sendiri ( bahagia tu kena cari bai, bukan hanya bergoyang kaki. Kena usaha, lepas tu disusuli dengan doa dan tawakal. Bukan hanya berdoa, berdoa dan berdoa terus tanpa usaha.Sape yang nak kasi, betul tak?)

Sebuah hadis mengenai cinta ini disebutkan oleh nabi: “Apabila kamu terlalu bersangatan cinta terhadap seseorang itu, maka mata kamu menjadi buta dan telinga kamu menjadi tuli.”

Ahaks, sanggup ke kita dibuta dan ditulikan oleh cinta. Tak mau, tak mau.. Time tu, bila member kata pasangan kita tu cacat ke, buruk ke kita tak ambil kisah dah. Malah member lak kena ‘sound’ kononnya cemburu dengan kebahagiaan yang kita kecapi. Nasihat mak bapak pun disanggah, kononnya mereka belum mengenali ‘si dia pujaan hati’. Hehehe..Jangan nak tipu la bai, aku pun cam korang gak dulu..Tapi betulkan, selalunya begitulah, bila hati dilamun ombak asmara, kewarasan akal menghilang. Diri tiba – tiba menjadi seperti robot yang dikawal oleh ‘remote control (cinta le tu ).

Kegagalan cinta lalu banyak mengajarku untuk menjadi lebih matang ( sesuai la kan dengan usia. Hehe ) Kali ini aku cuba untuk meletakkan ilmu, iman dan rasional tu jauh ke depan mendahului rasa cinta itu sendiri. Juga meletakkan DIA dan keluarga di tangga teratas, semoga rasa cinta ini lebih diberkati. Kekecewaan dalam percintaan yang lalu membuatkan aku lebih berhati – hati dalam membuka pintu hati ini untuk insan bergelar lelaki. Bukanlah fobia untuk bercinta lagi, tapi aku tak mahu ‘pisang berbuah berkali – kali’. Kalau pisang yang berbuah tu baik takpe gak, ni semuanya jadi buruk.hehehe..Bukanlah menyalahkan sesiapa saat kasih itu terlerai kerana aku percaya tiada manusia sesempurna Rasulullah SAW. Aku enggan meletakkan kesilapan pada sebelah pihak sahaja kerana aku sedar aku juga punya kekurangan, dan aku percaya perjalanan kehidupan ini telah ditentukan Cuma kita sahaja yang perlu menggerakkannya supaya ia berjalan seperti yang dirancang dan ditentukan.Mungkin juga kerana keengganan aku menyalahkan orang lain dalam leraian kasih dahulu, aku terima habuannya kini. Hahahaha..

Benar!! Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Aku menangis tatkala kasih yang kutatang menghilang, tapi kata – kata dan nasihat bonda saat kuceritakan gejolak rasa yang sedang membara membuatkan hatiku menjadi sejuk, dingin..Hilang segala rasa marah, kecewa, sedih, cemburu, dengki dan segalanya.

Kata Bonda, “Soal jodoh ni kita tak boleh nak jangka. Mungkin kita berkawan dengan orang ni, tapi tunang dan kawin dengan orang lain. Kalau kita bermati – matian nak juga dengan orang tu belum tentu kita bahagia. Redhalah dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Mungkin ada yang lebih baik yang Dia sediakan untuk kita. Doakan dia bahagia dengan pilihannya, semoga bahagia tu tempias pada kita. Jangan dengki-dengki sebab nanti kita sendiri rasa sakit hati.”

Sejuknya la aku dengar bonda berbicara, terasa mudahnya nasihat tu melekat di hati ini. Pantas kuketepikan perasaan negatif yang kusimpan lewat perpisahan lalu. Doa – doa kebahagiaan terus mengambil tempat dalam setiap solatku. Saat itu, aku mulai mengecapi rasa bahagia yang entah datang dari mana. Bahagia mendoakan kabahagiaan orang lain, bahagia kerana berjaya mengenepikan rasa cemburu, marah dan sakit hati dalam diri, bahagia kerana aku kini mulai menikmati ketenangan dalam hidup. Memang jelas dan terbukti, selagi mana kita berfikiran positif, selagi itu kita merasa tenang. Sedikit demi sedkit aku buka hati ini untuk menyayangi semua yang ada di sisi. Aku enggan meletakkan rasa iri dan benci di hati ini. Kerana apa? Kerana aku percaya….

"Semakin lebar senyuman ku pada orang, semakin lebar senyuman orang kepadaku.. Semakin ramai aku merindui org, smkn ramai yang merinduiku..semakin banyak aku menyayangi & menyintai org, smkn ramai org menyayangi & menyintaiku..semakin aku berusaha memahami org, smkin ramai yang cuba memahami diriku..semakin aku cuba utk membahagiakan org, semakin aku menikmati kebahagiaan itu"

Mula – mulanya hati ini enggan juga bersikap baik pada mereka yang telah menyakiti perasaan ku, tapi tiap kali teringatkan pesan bonda, teringatkan kebaikan keluarganya, teringatkan jasa – jasa dia padaku, aku kira aku tak punya sebab untuk membenci. Aku belajar untuk meredhai kehilangan kasih tu. Akhirnya, kulihat bunga – bunga rindu, bunga – bunga sayang, bunga – bunga cinta yang kian mekar  tumbuh sekelilingku. Itulah hikmah yang aku perolehi di sebalik semuanya yang berlaku ini. ^__^. Sooooooo Swwweeeeeetttt!!!

Dari Anas ra. dari Nabi SAW. bersabda: ”Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, niscaya ia akan merasakan manisnya iman, yaitu: Hendaknya Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain. Hendaklah bila ia mencintai seseorang semata-mata karena Allah. Hendaklah ia benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci kalau akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR. Bukhari)

Aku nekad untuk membentuk rasa cinta ini dengan sebaik mungkin, dengan laluan yang betul, dengan cara yang betul. Doakan aku berjaya ya ^_^. Aku ingin nikmati rasa cinta itu dengan jalan yang berbeza. Kucuba untuk serasional mungkin melayari rasa cinta ini, supaya aku tidak lagi lemas dalam lautan rindu. Ahaks..jiwangnya..Menci^_^

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitulah sebaliknya. So, untuk mendapatkan pasangan yang baik, kita kenalah baiki diri dulu menjadi baik.Barulah adil. Allah sendiri dah berfirman…

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS. Ar Rum: 21

Rasa cinta tu bukan hanya terletak pada keindahan fizikal, tapi juga keindahan rohani, keserasian jiwa, saling memahami, saling menyayangi, saling bertolak ansur, bantu membantu, saling melengkapi. Andai sedari awal, kita dengan jelas melihat kepincangan diri pada pasangan dan kita akui kita sendiri tak mampu untuk menerimanya, kenapa perlu memaksa diri untuk teruskan juga perjalanan cinta itu. Kenapa takut untuk membuat keputusan. Kenapa perlu gadaikan kebahagiaan sendiri untuk orang lain yang tidak tahu menghargai. Kenapa perlu menjadi buta hanya kerana cinta. Jangan takut untuk merasa kecewa dalam bercinta.Gagal bercinta bukanlah pengakhir sebuah kehidupan, sebaliknya ia permulaan untuk kita bersikap lebih dewasa dan rasional dalam bertindak (bagi yang ingin berfikir la ). 

Dulu, saat mula – mula hilang cinta, ku rasa pincang untuk bergerak sendiri, jiwa berserabut, malu berhadapan dengan semua orang, berpura – pura bahagia sedangkan jiwa terseksa. Saat kuluahkan perkara sebenar kepada bonda, awan mendung bertukar rupa. Memang malu berbicara soal kasih yang tak berkesampaian sementelah semua ahli keluarga telah menyukai ‘si dia’. Bermacam rasa berkecamuk dalam hati, takut ditertawakan, takut ditempelak, tapi apakan daya aku tak mampu menyimpan sendiri rasa sakit kecewa cinta tu. Alhamdulillah, bonda terima dengan penuh ketenangan, dengan penuh keredhaan. Yang paling penting, bonda tidak meletakkan kesalahan pada sesiapa, yang lagi penting bonda sama – sama mendoakan kebahagiaan ‘si dia’. Walaupun tahu anaknya sedang menangis hiba. Ahaks susahnya menahan air mata saat bercerita dengan bonda. Lucunya bonda pun  teringin untuk merasai nasi minyak ‘si dia’. Hehehe.. Seronokkan bila hati tiada sengketa.

Cukuplah kan, bicaraku soal cinta kali ini. Cinta tu fitrah seorang manusia. Ingin dicintai, dikasihi, disayangi, dilindungi adalah perkara normal. Sehebat mana pun dirimu, pasti ada rasa sunyi di hati andai tiada peneman di sisi. Nabi Adam sendiri berdoa kepada Allah saat Baginda keseorangan di Syurga. Kita ini manusia biasa apatah lagi kan. Jangan keraskan hati untuk menafikan rasa cinta di hati, semakin kita menafikan perasaan tu, semakin terseksa jiwa. Biarkan ia menjalar dalam diri, pupuk ia menjadi satu naluri yang suci, yang diberkati, yang dirahmati. Bukan sebagai penyebab sengketa, yang mencambahkan rasa benci dan iri. Selagi mana kita ingin dikasihi, dirindui, disayangi, dicintai selagi itu kita akan memperolehinya. Jangan jadikan diri sendiri sebagai pembunuh rasa cinta itu. Cinta juga seperti rezeki, perlu dicari, diusahakan, kemudian diiringi dengan doa dan tawakal. Jangan terlalu mengharapkan pada DIA di atas sana untuk menentukan pada kita. Segalanya perlu diusahakan. Yang bulat tak kan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang andai tiada sesuatu yang menggerakkannya..

Aku selalu baca doa ni time lepas solat. Try la sape – sape yang senasib dengan aku.

“ Ya Allah, Ya Rabbul Izati, jika Engkau telah tentukan jodohku dengan ‘si fulan bin si fulan’, maka panjangkanlah jodoh kami, kukuhkanlah hubungan kami, percepatkanlah perkahwinan kami. Bantulah kami untuk saling melengkapi, menyayangi, menyintai keranaMu Ya Allah. Bantulah kami untuk membina sebuah keluarga sakinah yang penuh keberkatan dan keredhaan daripadaMu. Seandainya dia bukan jodohku, Engkau temukanlah aku dengan seseorang yang lebih baik daripadanya, yang dapat membimbingku menjadi isteri dan insan yang solehah. Jauhkanlah rasa kecewa, dendam, marah dan sebagainya dari dalam diriku ini. Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba – hambaMu. Amin, Ya Rabbal Alamin.”

Salam cinta, kasih dan sayang untuk semua..^___^

Tuesday, September 14, 2010

ketupat, lemang dan rendang...

lalalalalalalalalalallalalalala...............

Otak gagal mencerna idea untuk dicoretkan di sini. Telah beberapa kali mencuba, mencuba dan terus mencuba tetap juga gagal..Akhirnya aku hanya mengetuk - ngetuk 'keyboard' comel ini tanpa tujuan, tanpa fokus. Aggghh.. agak tension bila gagal meluahkan rasa yang kian galak berlegar - legar dalam diri. Entah kenapa sukar benar menukar perasaan yang berkecamuk ini dalam bentuk tulisan. Mungkinkah kerana 'hiruk pikuk' melayan selera yang menggila ini.. (Alahai tak tahan betol la budak sorang ni, makan banyak badan macam tu jugak. hahaha)

Koktail Istimewa
Saat orang lain bergembira menyambut kedatangan Syawal, saat orang lain sibuk melayan tetamu aku tetap juga punya waktu untuk berjiwa - jiwa begini. Ahaks..Kalau dah jiwanya begitu tetap juga begitu. Sebenarnya aku turut 'enjoy' dengan Syawal kali ini. Begitu 'special', begitu unik, begitu..begitu, begini la..Bak kata iklan Astro tu, macam - macam ada. Semuanya bagaikan bersatu, bersatu menjadi satu rasa yang aku sendiri sukar untuk tafsirkan. Akhirnya aku menjadi malas untuk mentafsir, aku biarkan saja ia bergerak dalam pusaran hidup ini, moga - moga ia menjadi satu pengalaman yang sangat membahagiakan.

Raya pertama, kukunjugi sahabat - sahabat lama yang telah lama tidak bertemu.  Sahabat lama yang  begitu lama tak bersua muka, Sarah, Kema, Anna, Hawa. Syawal kali ini kutemui mereka dalam situasi dan status diri yang berbeza. Seronoknya berkongsi rasa dan bahagia bersama. Terubat kerinduan tika  mengimbau  kembali kenangan di zaman persekolahan, sesekali derai tawa kata memenuhi ruang tamu. Status diri yang telah di'upgrade' gagal mengekang keakraban kami..
Sarah, Hawa, Aku, Kema, Anna

Masih kekal begitu, Kema masih 'laju' berbicara tentang segalanya. Kadang - kadang aku, Sarah dan Hawa sekadar mendengar tanpa reaksi bila dia dan Anna berbicara soal alam rumah tangga, terasa nak menyampuk tapi tak tau nak menyampuk kat mana   ( maklum la, belum ada pengalaman ). Kagumnya aku bila dengar mereka berdua berbicara, luasnya pengetahuan diorang. Aku? hahaha, nanti la dulu. Belum ada calon yang beraja di hati ini ( ahak, ye ke? hahaha ). Anna? Masih juga begitu, kekal dengan kelembutan dan kemanjaanya. Cuma sisi dewasanya semakin terserlah.  (Tentu saje la kan, anak dah dua kalau masih seperti dulu camana nak mengasuh anak sendiri T___T kan, lebih - lebih lagi status pensyarah yang dipegangnya). Sarah lak..lamanya aku tak jumpa kawanku ini. Hampir 10 tahun tak bertemu sejak tamat tingkatan lima dulu. Telalu banyak perubahan yang aku lihat pada sahabatku ini. Tapi dia tetap seperti dulu, lebih suka mendengar kami merapu sambil sesekali tergelak besar bila lawak yang dibuat berjaya menggeletek hatinya.

Aku bahagia mendengar tawa teman - teman lama. Terasa hilang segala kekesalan yang menghambat diri sebelum ini. Ada hikmah semuanya ini berlaku. hahaha, alhamdulillah.. Hawa plak.. teman yang kukenal lewat zaman persekolahan dulu, juga berubah ( mana ada manusia yang tak berubah kan ^_^) rupa- rupanya dia bukan hanya kawanku, tetapi Syawal kali ini menyingkap silatulrahim yang kian lama terjalin antara kami, setelah disusurgalurkan barulah aku tahu, kami punya ikatan kekeluargaan. Kan ada hikmah tu Islam menganjurkan kita saling kunjung mengunjung di Aidilfitri ni.

Syawal  ketiga kujemput teman-teman untuk menghadiri rumah ku, maklum la aku terlebih rajin untuk 'memasak dan bersibuk- sibuk di dapur'. Tapi cuma beberapa teman sahaja yang sudi hadir. Thanks sangat - sangat untuk Kema, Anna dan Bakri yang sudi hadir memeriahkan majlis. Bangga juga aku dapat hidangkan koktail yang baru pertama kali kucuba. Alhamdulillah, aku dapat 'creadit' dari kawan - kawan.
Sibuknya aku kan..\
Ahaks, terserlah rasa bangga bila tengok Wan berulang kali menceduk 'dessert' yang aku sediakan. Hahaha.. Puas juga aku minta resepi dari teman - teman dan buat research di internet. Mee kari yang menjadi menu utama pun mendapat pujian. hehehe.. ( ps: korang tu resepi my dad tau. hehehe) Sape yang terdatang awal tu maaf la ye, tak dapat nak sajikan hidangan enak kami tu.. Tak sempat siap. Aku sangat gawat time tu, banyak yang belum siap, mekap pun tak sempat dicalitkan ke muka, so terpaksa la korang tengok wajahku yang 'natural beuty' ni. hahaha.. Seronok kan terkejar - kejar menjamu tetamu yang hadir. Sangat bangga mengerah keringat untuk diorang. Terasa amat berbaloi bila teman - teman berpuas hati. Thanks sangat - sangat korang..


Dalam rasa gembira berhari raya ni, sebenarnya ada rasa terkilan yang menyelit dalam diri. Terkilan dengan beberapa perkara.. Kenapa ek,  bila diri dilanda musibah baru mengaku kawan, bila diri dirundung gelisah, baru mencari kawan, bila bantuan diperlukan baru meminta belas, sedangkan saat gembira dan bahagia tak pernah pula mengaku kawan, malah dimaki hamun seolah - olah bahagia itu kekal bersama, malah kawan yang banyak membantu tiba - tiba menjadi musuh utama. Mudahnya manusia lupa diri. Kenapa saat derita sahaja yang ingin dikongsi, kenapa begitu kedekut untuk sama - sama merasa bahagia.  Bila bahagia yang hanya seketika itu singgah bertamu di hati, terus hilang kawan hanya kekasih yang nampak. Agh, benci melayan orang begini. Kadang - kala singgah juga rasa bosan dalam diri melayan manusia jenis yang satu ini, tapi seandainya aku buat begitu apa la bezanya aku dan mereka ya. Tapi tolong la, buka mata, buka jiwa, buka minda, buka hati dan perasaan kemanusiaan tu, jangan terlalu mementingkan diri. Hanya tahu berkongsi masalah seolah -  olah kamu sahaja yang bermasalah, seolah - olah orang yang mendengar masalah tu tiada masalah. ( apa punya banyak masalah da )Bila bahagia, kongsi la juga dengan orang tu, sekurang - kurang terasa dihargai juga bantuan yang diberi. Jangan sampai nanti, saat kamu dirundung malang lagi, tiada lagi yang sudi mendengar. Alamak, teremosional la plak. Aku memang macam ni kalau bab - bab macam ni agak beremosi  la. Maaf dipinta ye. hari raya ni.

Eh, dalam takde - takde idea tadi tak sedar  ye dah banyak aku membebel. hahaha.. selamat hari raya semua. Aku sebenarnya rindu 'teddy bear' la. waaaaa, ikhlaskan hati dengan setiap pemberianmu, nurulain. hahaha..papai, jumpa lagi..

(p/s: 3hari mengarang baru terbentuk sebuah cerita lengkap bergambar T_____T. alhamdulillah )






Wednesday, September 8, 2010

BERI SALAM KE BERSALAMAN?.....

Assalamualaikum..Salam penuh keberkatan, Salam akhir Ramadhan..

                              Semalam tak berkesempatan mencatatkan sesuatu..Bukan tiada idea, cuma kesibukan pada tanggungjawab perlu diutamakan. Semalam juga, aku berangkat pulang ke kampung halaman, sebagai langkah pertama menyambut kehadiran Syawal.Hari ini aku terpanggil nak bercerita mengenai  kepentingan memberi salam. Bukan bersalaman, tetapi memberi  salam. Tahu beza ke tak? Bersalam tu sama la dengan berjabat tangan( haram tau kalau bersalaman dengan bukan muhrim ), memberi salam tu pula yang kita dok cakap ‘assalamualaikum’ itu le.. Persoalannya, payah sangat ke nak bagi salam, bukan kena guna modal apa - apapun, tak payah keluarkan duit, just buka mulut dan lontarkan suara merdu dan macho yang kita miliki tu..
                      
                             Tak bangga ke bila orang dengar suara kita yang semerdu Misha Omar, dan macho seperti Mawi tu..Kalau aku, aku bangga 'giler babas'. Sambil bagi salam tu ukirkan la senyuman sedikit, jangan la bagi salam, tapi muka berkerut bukan main, kalah ibu - ibu yang sedang meneran nak bersalin. Ini tidak, salam tu cantik dah, siap dengan nahu dan tajwid lengkap, tapi bukan dengan keikhlasan. Ucapan salam tu bermaksud ‘salam sejahtera’ tapi bila kita beri salam dengan muka cam ayam berak kapur kan tak selari tu. Orang yang nak jawab salam tu pun rasa serba salah. Hati kecil berkata – kata, “ orang ni nak bagi salam pun senyum la sikit, ni muka kelat macam nangka, aku nak jawab pun malas. Kalau tak ikhlas bagi salam baik tak payah bagi salam, menyampah aku”. Ha, kan dah gitu pulak jadinya. Sepatutnya dengan sapaan salam tu dapat mengeratkan hubungan, dapat menjalinkan siratulrahim, tapi bila bagi salam dengan muka  yang masam mencuka tu boleh menyebabkan orang naik menyampah kat kita, orang mengumpat kita (eh, kalau dah mengumpat tu maknanya dah berdosa. Tak pasal – pasal je kan, sebab salah cara bagi salam, orang lain plak yang dapat dosa. Huhu, gawatnya ).

                            Aku ada terbaca dalam satu artikel ni yang berkaitan memberi salam.. Aku rasa sangat menarik dan terpanggil untuk memanjangkannya di sini. Menurut artikel tu, kita dilarang sama sekali menulis perkataan 'ASSALAMUALAIKUM' dengan meringkaskannya menjadi 'A'KUM' sama ada dalam SMS atau apa bentuk penulisan sekalipun. "Eh, apahal pulak kan, suka hati la aku nak tulis apa, tulis panjang - panjang nanti kena 'charge' lain pula". Nanti dulu, baca ayat seterusnya ini....Menurut artikel itu lagi, dalam bahasa Ibrani, perkataan 'AKUM' itu membawa maksud BINTANG untuk kaum - kaum bukan Yahudi. Pendek cerita, orang - orang Yahudi memanggil kita manusia yang bukan Yahudi ini bintang. Ia merupakan salah satu dakyah dan senjata sulit masyarkat tersebut untuk mememrangi bangsa Islam terutamanya. Kalau kamu malas sangat nak tulis panjang - panjang perkataan 'ASSALAMUALAIKUM' tu tulis perkataan 'SALAM' je pun dah memadai. Sanggupkah kita memanggil teman - teman, sahabata handal, saudara mara dengan perkataan 'BINTANG'?. 
                               
                          Sebenarnya 'AKUM' tu adalah singkatan bagi perkataan yang bermaksud ' HAMBA -HAMBA BINTANG DAN ORANG SESAT'.  Ish, kurang ajar sungguh bangsa Yahudi ni kan. Kenapa la Hitler tak bunuh habis bangsa ni masa perang dulu.Selain dapat mengeratkan siratulrahim, memberi salam ni juga dapat mengukuhkan perpaduan ummah sejagat. Mungkin kita berlainan bangsa mahupun berlainan bahasa, tetapi  apabila seseorang memberi salam, secara automatik kita akan menjawabnya dengan menggunkan bahasa dan perkataan yang sama. Ajaib kan?Nak tau tak, menurut hadis yang daripada Abu Hurairah ra, memberi salam adalah salah satu daripada lima kewajipan kita sebagai muslim.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:"Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima kewajipan bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

Kewajipan ye kawan - kawan, bukan sunat, bukan harus tapi wajib. So, kita jangan la pandangan ringan dengan perkataan 'ASSALAMUALAIKUM' ni, walaupun ia hanyalah sebaris perkataan yang simple tapi besar manfaatnya pada umat Islam. Hadis yang ini juga menarik untuk direnungkan bersama

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.

                  Ambil perhatian ya semua. Memberi salam juga ada adab - adabnya, jangan main belasah je.Aku tertarik dengan ayat terakhir hadis ini, orang yang sedikit perlu memberi salam kepada yang ramai. Tapi kita masa sekolah -sekolah dulu, selalunya anak murid yang akan beri salam kepada guru yang masuk kelas. Eh, peliknya. Dah la cikgu tu bertandang ke kelas kita, kita pula yang kenaa bagi salam pada dia. Siapa  nak jawab tu. Sama - sama la kita renungkan ye. Laptop rosak ni dah bau hangit la. kena check out dulu. Jumpa lagi..Check it out..

Monday, September 6, 2010

Saat Ramadhan Itu Pergi,,,

29 Syaaban..
            "Ya Allah, aku  memohon padaMU peliharalah Ramadhanku kali ini. bantulah hambaMU ini untuk terus kekal melaksanakan ibadah di bulan mulia ini dengan penuh tawaduk, kusyuk dan ikhlas.Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini ia menjadi permulaan untuk mengubah AKU menjadi insan yang lebih baik. Semoga ibadahku padaMU akan terus kekal sehingga ke akhir hayatku."


1 Ramadhan..
             Bersemangatnya AKU nak mengaji, bertadarus, solat terawih 20 rakaat, apa lagi ek nak buat, nak qiamulail kononnya..Mula - mula..Wa, memang AKU buat semua tu, aku mengaji lima enam helai sehari, solat terawih 20 rakaat campur tiga rakaat witir, Qiamulail tak payah cakap la, solat hajat, solat taubat, solat istikarah semua AKU buat. AKU memang kusyuk nak beribadah ni.
Seingat aku empat lima hari Ramadhan pertama ni aku pulun habis la..

6 Ramadhan..
Dah nak masuk minggu kedua Ramadhan ni. Orang dah mula nak buat persiapan raya kan..Ni la time nak buat buat..Wow, masyuk masyuk.. Hari ni nak pergi beli barang, esok boleh buat sample kuih raya. Nanti boleh jual kat 'opis', kat sedara mara. Boleh la beraya lebih sikit tahun ni..
Ala, mengaji, qiamulail, apa semua tu bulan lain pun boleh buat..

12 Ramadhan..
                      Hari ni tak dapat la AKU nak pergi terawih, aku buat kat rumah je..Empat hari dah AKU bertungkus lumus menyiapkan tempahan kuih raya untuk kawan - kawan dan saudara mara. Letih juga la membereskan semua tempahan ni. Siang bekerja sampai pukul lima, balik sibuk dengan jalan jem bagai, malam dan selepas sahur je la yang AKU punya waktu untuk menguli tepung dan segala macam ramuan ni. AKU tak kisah, yang penting masyuk.
Tadi Tipah ajak aku buat terawih kat masjid tepi jalan tu, katanya malam ni ada ustaz terkenal yang jadi imam. Sori la Tipah, aku banyak lagi tempahan tak siap ni..Aku buat kat rumah je la ye..

24 Ramadhan..
Ada lagi tempahan belum siap dihantar ni. Tinggal berapa hari je lagi ni. Persiapan raya AKU lum beli lagi ni. Malam nanti la keluar. Alah, AKU belum mandi wajib lagi, tak boleh lagi nak g terawih. Esok sempat lagi nak pergi terawih.

25 Ramadhan..
Alahai, dah lama tak pergi terawih kat masjid ni rasa malas la pulak..Malu la AKU, nanti orang masjid mula la perli2 AKU, tanya macam - macam, bosannya..

26 Ramadhan..
Hari ni, AKU kena siapkan semua tempahan orang..Kalau kena buat dari pagi sampai malam pun takpe la,  AKU tak kisah..Duit tempahan semua aku dah ambil, nak tak nak kena siapkan jugak.. Esok AKU nak hantar terus je sekali, nanti lusa dah nak balik kampung..
Terawih nanti la lepas AKU settle semua ni baru AKU buat semula..

27, 28,29 RAMADHAN...
Alamak, dah nak habis ke bulan puasa ni.Aduh, kenapa la cepat sangat berlalu. AKU tak puas lagi nak beribadat..Nak tunggu tahun depan sempat ke lagi ek.........

MORAL OF THE STORY..
alahai, haiwan pun ingat kat Tuhannya
Berapa orang kah antara kita ni seperti AKU dlm cerita di atas.. Bersemangat dan berkobar - kobar tatkala di permulaannya sahaja, kemudian mula leka dengan keindahan sementara yang dijanjikan dunia. Apabila saat Ramadhan itu berlalu pergi barulah menunjukkan penyesalan yang tak bertepi.. Itulah kita, terlalu mudah leka dengan isi dunia..check it out..

Dia Mengomel Lagi...Aaaaaagggrrrr..


 Ramadhan ke-26...
        Wow, aku sangat takjub, kagum dan bangga bila berkesempatan menjejakkan kaki di tengah bandaraya Kuala Lumpur semalam. Itupun setelah dua minggu tak ke sana. Apa yang aku takjub, kagum dan bangga? Ha mesti nak tau kan.. Kalau ada yang nak kata aku naif ke daif ke Saif Ali Khan ke apa aku tak kisah, walaupun aku sekadar laptop rosak, tapi kerosakan aku takde la sampai mencemarkan kesucian bulan penuh kemuliaan ni..
Artis sebagai Ikon pun tak segan tayang betis

         Aku sangat arif andai ada yang berkata, soal berpakaian adalah hak masing - masing,, kubur lain - lain apa kau kisah. Itulah jawapan klise sesetengah makluk, tapi sebagai makluk Tuhan yang dilahirkan sebagai Islam aku rasa terpanggil untuk menyatakan kekesalanku melihat beberapa kejadian yang sangat menyentuh naluri keislamanku. Alahai, tahu la, betis awak gebu, jangan la ditayang-tayang, kalau nak sangat tayang pun agak - agak la akak, adik, makcik. Bulan - bulan puasa ni bagi la orang lain menyempurnakan ibadah mereka. Jangan disebabkan kita dok tayang betis kita, malah peha kita kat orang lain, pahala mereka berkurangan. Sebagai perempuan aku akui aku pun tertarik gak tengok paha gebu yang bersepah kat Jalan Tunku Abdul Rahman semalam, dan tentunya aku percaya kaum lelaki apatah lagi. Kan tak baik tu, kalau kita tak nak mengumpul pahala di bulan keberkatan ni, jangan la mengheret sama orang lain. kesian kami yang "terpaksa" melihat paha - paha dan betis - betis bertelanjang tanpa segan silu.

menarik kan?
          Itu soal betis dan paha, ni ada lagi satu kejadian depan mata aku. Nak tergelak ada, nak rasa kesian ada, sakit hati dan menyampah pun lagi la berpada - pada. Semalam bila turun tren dari Bukit Jalil ke Masjid Jamek, ada la satu pasangan ni berpegangan tangan. Amboi mesranya dia, sayangnya kat awek dia. Aku tengok pekerja LRT tu tergelak besar bila tengok 'COUPLE' ni, satu ayat yang sempat telinga aku tangkap ialah " lagi baik bukak semua". Wow, nak bukak semua, bukak apa ek..Hehehe, biarla aku explain kat korang, lelaki tu macam biasa la pakai seluar jeans dan baju tshirt, siap pakai jaket lagi. Memang tutup aurat la. Tapi si wanita 'cantik' sebelah dia. Nauzubillah.. Dengan pakai seluar ketat paras lutut ( tight pant ) ok lagi kan, baju dia, hehehe..kesian aku tengok, nampak macam orang berharta, tapi alahai, yang aku nampaknya cuma tali bra berwarna 'pink' tersangkut kat bahu dia, yang bahagian lengan yang sepatutnya berada di bahu telah jatuh terlondeh ke lengan..( korang dapat bayangkan tak camana baju tu)  Aku beberapa kali gak la menjeling si perempuan tu, bukan apa, aku musykil dengan pakaian tu, bagaiman ia boleh melekap kat badan si gadis ( ish, naifnya aku kan, kesiiiiaaaan)

            Memang aku sangat kagum la dengan perempuan - perempuan ni berpakaian, sangat up to date, sangat fashionable sangat superb (eh jap, aku ni dah kira mengumpat ke, kurang lak pahala puasa nanti^_^, astarfirullahalazim) Tapi itu la hakikatnya, berpinar - pinar gak la mata aku semalam menyaksikan tayangan secara percuma. Korang nak tengok, pergi la ke 'shopping - shopping compleks' yang bersepah kat luar sana, bukan susah pun nak cari makluk begitu, tapi aku nasihatkan lebih baik tak payah susah - susah buat 'dosa kering' ( ada ke dosa kering, nanti aku tanya ustaz ), lebih baik dok rumah tambah pahala.

malu la nak pakai macam ni..:(
              Ada satu lagi kejadian pelik, aneh dan misteri yang terjadi semalam. Mungkin pada korang biasa - biasa je kot, tapi bagi laptop rosak yang selalu 'low profile' macam aku ni, kejadian ni pelik la. Sangat pelik kot. Kejadiannya berlaku selepas aku berbuka puasa di 'food court' di dataran  Bukit Jalil. Perut dah kenyang, tiba lah masanya untuk mengerjakan kewajipan sebagai hambaNya. Jeng..jeng..jeng..bukanlah payah sangat nak cari masjid kat situ, tapi aku yang 'firsttime' ke sana agak keliru dengan pintu masuk dan tempat solat kaum perempuannya..Heheh, maklum la baru kali pertama kali, berpusing - pusing juga la cari pintu. Nak beribadat takpe la pening sikit, nak jumpa kekasih hati la katakan^_^. Tapi, alahai, telekungnya enggak cukup pak, kalau tak salah aku cuma ada tiga pasang telekung je dalam masjid tu. Kesian kan, stadium punya besar boleh dibina, tapi peruntukan untuk beribadah kureng, nasihat aku kat korang yang suka buat 'travel' macam aku ni, sediakanlah telekung sendiri sebelum solat.( dugaan di bulan puasa. Alhamdulillah) Tapi itu bukanlah kejadian pelik yang aku nak cerita tadi, kejadian peliknya bila aku terpandang sorang amoi sikit punya 'cun' dok bersila dalam masjid tu.Adeh, betul ke aku masuk masjid ni, taku tersalah masuk rumah ibadah lak.
macam ni baru ok, fesyen baru
            Terus - terang, dan serius, aku tak tahu apa hukumnya orang bukan Islam masuk ke masjid, aku tak berani memandai -mandai buat fatwa sendiri, tapi yang sangat mendukacitakan aku bila tengok cara amoi tu berpakaian. Dengan hanya memakai baby T dan seluar pendek separas paha, aku tahu itu sangat tak sopan. Aku cuba menegur tapi dia buat tak layan je ( leka bermain handset ). Lepas tu siap berborak - borak dengan member ( Melayu ) sambil bergelak ketawa tanpa ada rasa bersalah.. Alahai, apa nak jadi ni..

       Bantulah aku Ya Allah, aku cuba, aku berusaha, tapi aku tak mampu..Berdosakah aku..sobs, sobs         ( sangat sedih, tak mampu dah nak menaip ) jumpa lagi nanti ye..Assalamualaikum..

Saturday, September 4, 2010

Tik..Tik..Tik..Laptop Rosak Menaip...

           adessss.Gagal menyekat tangan ni dari mengetuk papan kekunci. Gagal juga menyekat idea yang datang bertali arus malam ni, so nak tak nak aku terpaksa menekan 'button on' dan membiarkan laptop 'rosak' ni mengomel..Sebenarnya aku sangat kagum dgn kemunculan laman sosial bernama "facebook" walaupun pada dasarnya laman sosial yang dicipta oleh Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zuckerberg ni bkn lah sst yg begitu mengujakan aku, tp aku terpakssa akui kepentingan dan kebaikannya..Kat sini lah aku temui kembali sahabat- sahabat lama yang dah bertahun tak bertemu..Alahai dah macam2 saiz badan semuanya ada..Aku sangat kagum dengan pencapaian dan status sosial teman- teman sekolah dulu..Aku? macam ni la, meneruskan kecintaaku terhadap dunia penulisan dan perniagaan..hehehe..Memang sukar untuk aku mengikis rasa cinta terhadap dua bidang yang telah lama bertakhta di hati ini..Ewah ewah, terjiwang la plak..

            Berbalik pada 'facebook' td, aku percaya laman sosial ni skrg ni dah jadi satu fenomena bukan kat Malaysia je, malah hampir seluruh dunia..Bukan anak2 muda je yang angau dgn 'facebook' ni, org tua, budak kecik, pemimpin negara pun gelisah kalau tak ada 'facebook'. Wa, berjayanya mamat lepasan Havard University ni kan.. Apa yang aku tahu drpd sedikit pembacaan dan pencarian yang aku buat, facebook ini telah tercipta sejak enam tahun lalu, dlm erti kata lain pada tahun 2004.Lama dah tu..Bayangkan betapa kayanya mamat ni skrg ni, umur dia baru je 20 tahun masa cipta aplikasi ni..Cuba kita bandingkan dgn anak2 remaja kita yang seusia dgn beliau..Lebih suka menghabisskaan masa melepak, merempit, me apa lagi ntah, penat nak sebut..Bukan la mengkotak katik kan bangsa sendiri, sbb aku pun idok le bagus mana..Tp apa la salahnya mengambil apa yang boleh dijadikan tauladan..kan..kan^_^

               Ini fakta menarik, pada peringkat awal penubuhannya, mamat omputih ni ditawarkan wang sebanyak USD$ I bilion oleh yahoo & google ( wow, banyak tu), tapi mamat tu taknak..Ramai yang kata dia bodoh sebab tolak duit sebnayak tu..Tapi after 3 tahun, ha kau majalah Forbes menabalkan dia sebagai world youngest self-made billionaire, tu dia skrg sape yang budus..hehehe..sekarang ni, mamat yang baru berusia 26 tahun ni terus mengumpul kekayaan daripada pengiklanan dan pelaburan drpd syarikat2 besar duni..waa, kaya tu..

              Aku comfirm la, hampir setiap drpd kita ni ada akaun FB kan..Kalau takde tu memang rasa ketinggalan sangat la..hehehe..Walaupun laman sosial ni dicipta oleh mat saleh yang lum dapat dipastikan agama atau agendanya, sebaik-baiknya kita gunalan kecanggihan teknologi ni untk manfaat bersama yang penting jangan abaikan kesucian agama, tak salah pun kita aplikasikan kecanggihan yang mamat ni cipta untuk sebarkan dakwah kepada semua..Jangan jadikan budaya hedonisme sebagai teras kehidupan..

             Guna akal, guna minda, tanya iman lalu bertindaklah..Check it out, laptop pun dah berasap ni..salam^_^

Friday, September 3, 2010

Bila Keyboard Diketuk...Salam Perkenalan

Assalamualaikum....^_^
Si comel ni memulakan bicara
Amik keberkatan bulan mulia ni
Mencari - cari idea mengisi kelapangan waktu..
Menaip sesuatu..
Sebagai blogger baru yang baru nak merangkak
Banyak la kepincangan yang akan terjadi
Harap2 ada yang sudi membantu..
Okey?
check it out dolu..
jumpa lagik^_^