Wednesday, September 22, 2010

Orbit Cinta..



Assalamualaikum..

Kalimah indah pembuka cerita..Lama aku tak berkata-kata.. Menyepi tanpa bicara. Bukan tiada berita.. Cuma masa yang mengekang suara.. Lama menyepi bukan bererti mati. Menyepi untuk mencari ketenangan hakiki, yang entah dimana bersembunyi..

"Ada rindu yang membenih, ada sayang yang kian berbunga, ada kasih yang lebat berbuah, ada cinta yang semakin galak membiak.."

Alahai.. Lain benar je lenggok bicaraku, di luar kebiasaankan. Senadalah  dengan perasaan dan mood aku saat ini. Korang tentu boleh baca bagaimana isi hatiku kan. Penuh dengan bunga – bunga bahagia dan ketenangan.. Bicara kali ini dibauri rasa rindu, rasa sayang, kasih dan cinta yang sedang menggebu dalam hati. Terasa terlalu ‘obvious’ perasaan yang menjalar dalam diri ketika ini. Sehinggakan aku yang selalu panas baran ni boleh dengan mudah menewaskan rasa amarah yang berlegar dalam diri.Hehehe, kuatnya kuasa cinta..

Bukan untuk membangga diri, sekadar ingin berkongsi rasa bahagia dan gembira ini bersama – sama.  Semoga cerita gembiraku ini, turut membahagiakan korang. Betul kan, bila kita dengar orang yang kita sayang, orang yang kita kenal sedang bahagia, tak semena – mena kita turut merasa bahagia. Kalau yang baik hati tu, pasti doa dititipkan pada sang teman, supaya kebahagiaan itu berkekalan. Tapi kalau yang busuk hati tu, selalu je nak doakan yang tak baik, pantas je bicarakan yang buruk. Entah kenapa hati enggan terima orang lain lebih bahagia dari diri sendiri ( bahagia tu kena cari bai, bukan hanya bergoyang kaki. Kena usaha, lepas tu disusuli dengan doa dan tawakal. Bukan hanya berdoa, berdoa dan berdoa terus tanpa usaha.Sape yang nak kasi, betul tak?)

Sebuah hadis mengenai cinta ini disebutkan oleh nabi: “Apabila kamu terlalu bersangatan cinta terhadap seseorang itu, maka mata kamu menjadi buta dan telinga kamu menjadi tuli.”

Ahaks, sanggup ke kita dibuta dan ditulikan oleh cinta. Tak mau, tak mau.. Time tu, bila member kata pasangan kita tu cacat ke, buruk ke kita tak ambil kisah dah. Malah member lak kena ‘sound’ kononnya cemburu dengan kebahagiaan yang kita kecapi. Nasihat mak bapak pun disanggah, kononnya mereka belum mengenali ‘si dia pujaan hati’. Hehehe..Jangan nak tipu la bai, aku pun cam korang gak dulu..Tapi betulkan, selalunya begitulah, bila hati dilamun ombak asmara, kewarasan akal menghilang. Diri tiba – tiba menjadi seperti robot yang dikawal oleh ‘remote control (cinta le tu ).

Kegagalan cinta lalu banyak mengajarku untuk menjadi lebih matang ( sesuai la kan dengan usia. Hehe ) Kali ini aku cuba untuk meletakkan ilmu, iman dan rasional tu jauh ke depan mendahului rasa cinta itu sendiri. Juga meletakkan DIA dan keluarga di tangga teratas, semoga rasa cinta ini lebih diberkati. Kekecewaan dalam percintaan yang lalu membuatkan aku lebih berhati – hati dalam membuka pintu hati ini untuk insan bergelar lelaki. Bukanlah fobia untuk bercinta lagi, tapi aku tak mahu ‘pisang berbuah berkali – kali’. Kalau pisang yang berbuah tu baik takpe gak, ni semuanya jadi buruk.hehehe..Bukanlah menyalahkan sesiapa saat kasih itu terlerai kerana aku percaya tiada manusia sesempurna Rasulullah SAW. Aku enggan meletakkan kesilapan pada sebelah pihak sahaja kerana aku sedar aku juga punya kekurangan, dan aku percaya perjalanan kehidupan ini telah ditentukan Cuma kita sahaja yang perlu menggerakkannya supaya ia berjalan seperti yang dirancang dan ditentukan.Mungkin juga kerana keengganan aku menyalahkan orang lain dalam leraian kasih dahulu, aku terima habuannya kini. Hahahaha..

Benar!! Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Aku menangis tatkala kasih yang kutatang menghilang, tapi kata – kata dan nasihat bonda saat kuceritakan gejolak rasa yang sedang membara membuatkan hatiku menjadi sejuk, dingin..Hilang segala rasa marah, kecewa, sedih, cemburu, dengki dan segalanya.

Kata Bonda, “Soal jodoh ni kita tak boleh nak jangka. Mungkin kita berkawan dengan orang ni, tapi tunang dan kawin dengan orang lain. Kalau kita bermati – matian nak juga dengan orang tu belum tentu kita bahagia. Redhalah dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Mungkin ada yang lebih baik yang Dia sediakan untuk kita. Doakan dia bahagia dengan pilihannya, semoga bahagia tu tempias pada kita. Jangan dengki-dengki sebab nanti kita sendiri rasa sakit hati.”

Sejuknya la aku dengar bonda berbicara, terasa mudahnya nasihat tu melekat di hati ini. Pantas kuketepikan perasaan negatif yang kusimpan lewat perpisahan lalu. Doa – doa kebahagiaan terus mengambil tempat dalam setiap solatku. Saat itu, aku mulai mengecapi rasa bahagia yang entah datang dari mana. Bahagia mendoakan kabahagiaan orang lain, bahagia kerana berjaya mengenepikan rasa cemburu, marah dan sakit hati dalam diri, bahagia kerana aku kini mulai menikmati ketenangan dalam hidup. Memang jelas dan terbukti, selagi mana kita berfikiran positif, selagi itu kita merasa tenang. Sedikit demi sedkit aku buka hati ini untuk menyayangi semua yang ada di sisi. Aku enggan meletakkan rasa iri dan benci di hati ini. Kerana apa? Kerana aku percaya….

"Semakin lebar senyuman ku pada orang, semakin lebar senyuman orang kepadaku.. Semakin ramai aku merindui org, smkn ramai yang merinduiku..semakin banyak aku menyayangi & menyintai org, smkn ramai org menyayangi & menyintaiku..semakin aku berusaha memahami org, smkin ramai yang cuba memahami diriku..semakin aku cuba utk membahagiakan org, semakin aku menikmati kebahagiaan itu"

Mula – mulanya hati ini enggan juga bersikap baik pada mereka yang telah menyakiti perasaan ku, tapi tiap kali teringatkan pesan bonda, teringatkan kebaikan keluarganya, teringatkan jasa – jasa dia padaku, aku kira aku tak punya sebab untuk membenci. Aku belajar untuk meredhai kehilangan kasih tu. Akhirnya, kulihat bunga – bunga rindu, bunga – bunga sayang, bunga – bunga cinta yang kian mekar  tumbuh sekelilingku. Itulah hikmah yang aku perolehi di sebalik semuanya yang berlaku ini. ^__^. Sooooooo Swwweeeeeetttt!!!

Dari Anas ra. dari Nabi SAW. bersabda: ”Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, niscaya ia akan merasakan manisnya iman, yaitu: Hendaknya Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain. Hendaklah bila ia mencintai seseorang semata-mata karena Allah. Hendaklah ia benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci kalau akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR. Bukhari)

Aku nekad untuk membentuk rasa cinta ini dengan sebaik mungkin, dengan laluan yang betul, dengan cara yang betul. Doakan aku berjaya ya ^_^. Aku ingin nikmati rasa cinta itu dengan jalan yang berbeza. Kucuba untuk serasional mungkin melayari rasa cinta ini, supaya aku tidak lagi lemas dalam lautan rindu. Ahaks..jiwangnya..Menci^_^

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitulah sebaliknya. So, untuk mendapatkan pasangan yang baik, kita kenalah baiki diri dulu menjadi baik.Barulah adil. Allah sendiri dah berfirman…

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS. Ar Rum: 21

Rasa cinta tu bukan hanya terletak pada keindahan fizikal, tapi juga keindahan rohani, keserasian jiwa, saling memahami, saling menyayangi, saling bertolak ansur, bantu membantu, saling melengkapi. Andai sedari awal, kita dengan jelas melihat kepincangan diri pada pasangan dan kita akui kita sendiri tak mampu untuk menerimanya, kenapa perlu memaksa diri untuk teruskan juga perjalanan cinta itu. Kenapa takut untuk membuat keputusan. Kenapa perlu gadaikan kebahagiaan sendiri untuk orang lain yang tidak tahu menghargai. Kenapa perlu menjadi buta hanya kerana cinta. Jangan takut untuk merasa kecewa dalam bercinta.Gagal bercinta bukanlah pengakhir sebuah kehidupan, sebaliknya ia permulaan untuk kita bersikap lebih dewasa dan rasional dalam bertindak (bagi yang ingin berfikir la ). 

Dulu, saat mula – mula hilang cinta, ku rasa pincang untuk bergerak sendiri, jiwa berserabut, malu berhadapan dengan semua orang, berpura – pura bahagia sedangkan jiwa terseksa. Saat kuluahkan perkara sebenar kepada bonda, awan mendung bertukar rupa. Memang malu berbicara soal kasih yang tak berkesampaian sementelah semua ahli keluarga telah menyukai ‘si dia’. Bermacam rasa berkecamuk dalam hati, takut ditertawakan, takut ditempelak, tapi apakan daya aku tak mampu menyimpan sendiri rasa sakit kecewa cinta tu. Alhamdulillah, bonda terima dengan penuh ketenangan, dengan penuh keredhaan. Yang paling penting, bonda tidak meletakkan kesalahan pada sesiapa, yang lagi penting bonda sama – sama mendoakan kebahagiaan ‘si dia’. Walaupun tahu anaknya sedang menangis hiba. Ahaks susahnya menahan air mata saat bercerita dengan bonda. Lucunya bonda pun  teringin untuk merasai nasi minyak ‘si dia’. Hehehe.. Seronokkan bila hati tiada sengketa.

Cukuplah kan, bicaraku soal cinta kali ini. Cinta tu fitrah seorang manusia. Ingin dicintai, dikasihi, disayangi, dilindungi adalah perkara normal. Sehebat mana pun dirimu, pasti ada rasa sunyi di hati andai tiada peneman di sisi. Nabi Adam sendiri berdoa kepada Allah saat Baginda keseorangan di Syurga. Kita ini manusia biasa apatah lagi kan. Jangan keraskan hati untuk menafikan rasa cinta di hati, semakin kita menafikan perasaan tu, semakin terseksa jiwa. Biarkan ia menjalar dalam diri, pupuk ia menjadi satu naluri yang suci, yang diberkati, yang dirahmati. Bukan sebagai penyebab sengketa, yang mencambahkan rasa benci dan iri. Selagi mana kita ingin dikasihi, dirindui, disayangi, dicintai selagi itu kita akan memperolehinya. Jangan jadikan diri sendiri sebagai pembunuh rasa cinta itu. Cinta juga seperti rezeki, perlu dicari, diusahakan, kemudian diiringi dengan doa dan tawakal. Jangan terlalu mengharapkan pada DIA di atas sana untuk menentukan pada kita. Segalanya perlu diusahakan. Yang bulat tak kan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang andai tiada sesuatu yang menggerakkannya..

Aku selalu baca doa ni time lepas solat. Try la sape – sape yang senasib dengan aku.

“ Ya Allah, Ya Rabbul Izati, jika Engkau telah tentukan jodohku dengan ‘si fulan bin si fulan’, maka panjangkanlah jodoh kami, kukuhkanlah hubungan kami, percepatkanlah perkahwinan kami. Bantulah kami untuk saling melengkapi, menyayangi, menyintai keranaMu Ya Allah. Bantulah kami untuk membina sebuah keluarga sakinah yang penuh keberkatan dan keredhaan daripadaMu. Seandainya dia bukan jodohku, Engkau temukanlah aku dengan seseorang yang lebih baik daripadanya, yang dapat membimbingku menjadi isteri dan insan yang solehah. Jauhkanlah rasa kecewa, dendam, marah dan sebagainya dari dalam diriku ini. Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba – hambaMu. Amin, Ya Rabbal Alamin.”

Salam cinta, kasih dan sayang untuk semua..^___^

No comments:

Post a Comment