Wednesday, September 29, 2010

SENYUM SEMANIS SAYA ^_^


SENYUM..Satu perkataan dan perbuatan yang paling mudah kan. Dengan melemparkan sebuah senyuman, maka satu ikatan ukhwah tu boleh terbentuk. Hakikatnya, bukan susah mana pun nak mengukir senyuman. Tak perlukan modal pun untuk memberi senyuman pada orang lain. Malah, dengan menghadiahkan sebuah senyuman pada orang lain, kita bukan sahaja boleh menjalinkan sebuah ikatan persaudaraan, malah dalam Islam mengatakan senyuman itu merupakan satu sedekah. Aik, senangnya nak bagi sedekah kat orang tanpa modal. SENYUMAN! 

"Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah." Hadits Riwayat At Tirmidzi 

Senyum ye kawan – kawan semua. Senyumlah seikhlas mungkin, kerana dengan senyuman yang ikhlas tu kita bukan sahaja dapat menyejukkan hati sendiri, malah  membantu orang lain untuk merasa aman dan selamat apabila memandang wajah kita.  Senyuman bukan sahaja sekadar  gerakan wajah, malah menurut satu kajian yang dibuat oleh mereka yang bijak pandai, ketika tersenyum, satu hormon yang dinamakan sebagai ‘endorphin’ dihasilkan. Penghasilan hormon  ini dapat mengurangkan rasa sakit secara fizikal dan emosi seterusnya menjadikan seseorang tu selesa dengan diri sendiri. Ahak.. Kalau agak korang rasa tak selesa dengan diri sendirI, korang berdiri depan cermin lepas tu ukirkan senyuman untuk diri sendiri. Itu terapi sebenarnya, terapi awet muda dan motivasi untuk lebih menghargai diri sendiri. 

 Korang mesti setuju dengan aku kan, bila kadang-kadang duduk depan cermin tiba – tiba tersenyum sendirian, lepas tu hati kecil pun mula berkata – kata,” cantik gak aku senyum”. Hahaha, betul kan, jangan bohong la, kalau tak banyak kali, sekali pun korang mesti pernah tercakap macam tu. Aku lain la, aku memang suka puji diri sendiri cantik, walaupun orang kat luar sana enggan nak akui aku cantik, aku redha je, sebab aku tau aku cantik. Pegh, puji diri sendiri la plak. Bosan..hahaha..
Aku pun suka senyum gak..Sebab aku tau, senyuman aku ada ‘aura’. Hehehe, perasan la pulok. Sebenarnya aku nak berkongsi fakta, cerita, kajian, macam – macam la mengenai senyuman. Nampak senang je kan nak tersenyum, tapi ramai orang yang rasa payah untuk melemparkan senyuman. Lebih – lebih lagi pada orang yang dia sendiri tak kenal. Tapi lepas korang baca tulisan aku ni, mesti korang nak tersenyum sepanjang hari macam aku.^___________^.

 Korang nak tau tak, apabila aku tersenyum..( Aku tu merujuk pada orang yang baca artikel ni ye, walaupun dia sebenarnya tak suka tersenyum ^_^)

1.      1. Semasa senyum, kita hanya menggerakkan 17 otot muka. Kalau kita memasamkan diri sebanyak 43 otot muka dikerah untuk menghasilkan muka masam tu.Aik, nampaknya lebih mudah senyum daripada memasamkan muka kan..^_^

2.       2. Para saintis dari Universiti Pusat Perubatan California  dalam kajian diorang mengatakan, terdapat dua jenis stress iaitu stress baik dan tak baik. Senyuman dan ketawa diklasifikasikan sebagai stress baik. Stress ni membantu untuk menjadi lebih releks..Kalau stress tak baik tu, ia hanya akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan tubuh. Contohnya marah.

3.    3.   Senyuman tu walaupun senang, tapi kesannya besar tau. Ia mampu merendahkan tekanan darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah dan merangsang proses penyembuhan.

So, korang yang tengah hadapi masalah tu bawak – bawak la tersenyum yak, tak rugi pun melemparkan senyuman ni. Dah terbukti pun senyuman tu banyak manfaatnya.

Oklah, aku dah ambil beberapa kebaikan senyuman daripada sudut sains. La ni mari kita baca pula apa pandangan Islam mengenai senyuman.

1.Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam dalam suatu kesempatan pernah bersabda,”Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah”. (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi). Subhanallah! Ini termasuk ibadah yang paling mudah.

2. "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Aku dah bagi fakta dari sudut saintifik dan Islam. So, kalau korang tak nak lagi melemparkan senyuman aku pun tak tahu la. Peliknya, kenapa taknak senyum ek, walhal senyum tu bukanlah payah sangat. Ada orang taknak senyum sebab dah tunjuk garang depan anak – anak supaya lebih dihormati, ada orang taknak senyum sebab nak tunjuk kuasa pada orang bawahan, ada orang taknak senyum sebab tak de gigi.hehehe..gurau je..Tapi sebenarnya, walau siapapun kita, apapun pangkat kita, banyak mana pun harta kita, kita akan lebih dihormati dan dikasihi apabila kita bersikap positif pada orang lain.

Cubalah belajar untuk tersenyum, belajar untuk menghargai orang lain.Kalau korang ketua kat tempat kerja, rajin – rajin la senyum pada orang bawahan supaya orang bawahan yang seharian penat bekerja tu takde la rasa tertekan sangat bila tengok muka korang. Hayati hadis kat bawah ni.

“Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)

Kalau korang sebelum ni rasa malas sangat nak senyum, mulai hari ni belajar – belajar la tersenyum. Lemparkan saje senyuman korang tu kat orang yang korang jumpa dengan penuh keikhlasan. Tapi jangan la senyum tak memasai lak, duduk sesorang tetiba korang senyum dan diakhiri dengan gelak besar, sah – sah la korang akan dapat title ‘giler’ lepas tu. Yang itu aku tak sarankan ok. Cubalah amalkan, nanti korang akan alami perubahannya..Jiwa terasa tenang, fikiran jadi aman, muka jadi awet muda..Eh, mana aku tahu ni? Hahaha, cubalah, sebab aku dah cuba.

 Senyum tu penawar hati yang duka, andai korang tengah susah hati, lepas tu korang buat muka serabut, lagi la makin bertambah – tambah sakit jiwa tu. Tapi kalau korang tengah ada masalah, lepas tu korang laluinya dengan senyuman, korang akan dapati kesannya sedikit berbeza.Sebab, orang yang lalui sesuatu masalah dengan senyuman itu lebih redha daripada orang yang lalui masalah dengan muka masam mencuka. Bila dah redha, Allah pun senang bantu kita selesaikan masalah. Betul tak?

Ok? Senyum ye..Tak rugi apa – apa pun bila kita tersenyum..Kalau dah malas sangat nak senyum kat orang lain, senyum kat diri sendiri pun jadilah..

Senyumlah seperti saya sebab saya punya senyuman yang manis yang bisa buat diri awak rasa sejuk dan selesa dengan saya..( perasan la pulok kan..apa-apa la, yang penting jangan lupa tersenyum)
^___________^

Kalau korang nak tahu, Rasulullah SAW tu pun sentiasa tersenyum tau walaupun diri ditimpa musibah dan berdepan dengan musuh – musuh yang kejam lagi ganas. Malah menurut satu hadis, para sahabat menyatakan Baginda Rasulullah adalah orang yang paling banyak tersenyum sepanjang hayatnya. Tapi senyuman baginda bukanlah macam kita, senyum sampai nampak anak tekak. Itu bukan senyum bai, itu ketawa namanya. Huhu..Walaupun baginda seorang pemimpin agung, sentiasa berdepan dengan musuh – musuh Islam, dan segala macam dugaan, baginda juga bukanlah seorang yang terlalu serius, masih pandai buat lawak. Takde la macam sesetengah bos kita kat pejabat tu kan, muka serius cam singa. Orang bawah yang tengah stress tahap cipan ni lagi la stress bila tengok muka bos cam gitu. ( Bos korang la yek bos aku ok ^_^)

Melalui pembacaan aku sebelum ni, aku ada la terjumpa beberapa kisah lucu para anbia kita dulu -  dulu. Kat sini aku turunkan beberapa kisah lawak yang dibuat oleh para Rasul kita..

1.       Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam
Muhammad bin Ka’ab Al-Qurazhi mengisahkan tentang seorang lelaki yang datang mengadu kepada Nabi Sulaiman AS seraya berkata; “Wahai Nabi Allah!. Aku memiliki beberapa orang tetangga yang kerjanya mencuri angsa-angsaku”.

Serta merta, baginda ‘alaihissalam mengajak rakyatnya untuk solat berjemaah. Selesai solat, baginda berkhutbah,  tiba – tiba dalam khutbahnya baginda berkata, “Aduh…, sungguh tak tahu malu. Di antara kalian ada yang dengan tegar mencuri angsa milik tetangganya. Eh…, dia datang ke masjid, tak tahunya di kepalanya masih melekat bulu angsa!”.Spontan, seorang lelaki yang memang mencuri angsa tersebut, mengusap-usap kepalanya. Dan ternyata tak ada bulu angsa di kepalanya.
Nabi Sulaiman ‘alaihissalam segera berkata, “Itu dia pencurinya, tangkap!!!”.

2.                  Nabi Muhammad SAW

Juga dikisahkan, ada seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW. Kemudian beliau bertanya, “Anda isteri siapa..?”. Wanita itu lalu menyebutkan nama suaminya. Beliau pun bertanya, “Yang ada putih-putih di matanya?”.

Wanita itu kemudian segera pulang. Sesampainya di rumah dan ketika pertama kali berjumpa dengan suaminya, matanya menyelidik dan memperhatikan wajah suaminya. Si suami yang kehairanan bertanya, “Ada apa denganmu?”. “Tadi Rasulullah bertanya, apakah suamimu si fulan yang di matanya ada putih-putihnya?”. Suaminya menjawab, “Ya. Bukankah memang warna putih di mataku itu lebih banyak daripada warna hitamnya?”. 

Korang masih tak tersenyum.Alahai, ruginya senyuman yang manis tu disimpan je kan. Senyumlah, senyuman tu kan satu sedekah. Dah la tak mampu sedekah dengan harta benda, sedekah dengan senyuman pun tak mau, tak tahu la nak cakap camana. Okeh aku ada lagi cerita lucu untuk korang, baca ye titipan terakhir ni.. Tapi yang ni aku ‘copy n paste’ je, sebab takut hilang originalitynya lak.

1.      Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2.      Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3.      Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

4.      Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur

Ha, kan dah tersenyum. Manis pun senyuman tu, kenapa nak malu mengukirkan senyuman. Mungkin bukan semua yang suka tengok kita tersenyum kan.. Tapi, dalam diam kita tak tahu, ada seseorang yang sedang mengagumi senyuman kita, dan menjadi satu angau padanya.hikhikhik.. Rasulullah yang maksum tu pun pandai bergurau dan tersenyum , orang macam kita ni apatah lagi.. ingat ye senyum, bukan ketawa. Ketawa yang berlebihan tu akan mematikan hati. Wassalam.. ^_^.

No comments:

Post a Comment