lalalalalalalalalalallalalalala...............
Otak gagal mencerna idea untuk dicoretkan di sini. Telah beberapa kali mencuba, mencuba dan terus mencuba tetap juga gagal..Akhirnya aku hanya mengetuk - ngetuk 'keyboard' comel ini tanpa tujuan, tanpa fokus. Aggghh.. agak tension bila gagal meluahkan rasa yang kian galak berlegar - legar dalam diri. Entah kenapa sukar benar menukar perasaan yang berkecamuk ini dalam bentuk tulisan. Mungkinkah kerana 'hiruk pikuk' melayan selera yang menggila ini.. (Alahai tak tahan betol la budak sorang ni, makan banyak badan macam tu jugak. hahaha)
Otak gagal mencerna idea untuk dicoretkan di sini. Telah beberapa kali mencuba, mencuba dan terus mencuba tetap juga gagal..Akhirnya aku hanya mengetuk - ngetuk 'keyboard' comel ini tanpa tujuan, tanpa fokus. Aggghh.. agak tension bila gagal meluahkan rasa yang kian galak berlegar - legar dalam diri. Entah kenapa sukar benar menukar perasaan yang berkecamuk ini dalam bentuk tulisan. Mungkinkah kerana 'hiruk pikuk' melayan selera yang menggila ini.. (Alahai tak tahan betol la budak sorang ni, makan banyak badan macam tu jugak. hahaha)
Koktail Istimewa |
Raya pertama, kukunjugi sahabat - sahabat lama yang telah lama tidak bertemu. Sahabat lama yang begitu lama tak bersua muka, Sarah, Kema, Anna, Hawa. Syawal kali ini kutemui mereka dalam situasi dan status diri yang berbeza. Seronoknya berkongsi rasa dan bahagia bersama. Terubat kerinduan tika mengimbau kembali kenangan di zaman persekolahan, sesekali derai tawa kata memenuhi ruang tamu. Status diri yang telah di'upgrade' gagal mengekang keakraban kami..
Sarah, Hawa, Aku, Kema, Anna |
Masih kekal begitu, Kema masih 'laju' berbicara tentang segalanya. Kadang - kadang aku, Sarah dan Hawa sekadar mendengar tanpa reaksi bila dia dan Anna berbicara soal alam rumah tangga, terasa nak menyampuk tapi tak tau nak menyampuk kat mana ( maklum la, belum ada pengalaman ). Kagumnya aku bila dengar mereka berdua berbicara, luasnya pengetahuan diorang. Aku? hahaha, nanti la dulu. Belum ada calon yang beraja di hati ini ( ahak, ye ke? hahaha ). Anna? Masih juga begitu, kekal dengan kelembutan dan kemanjaanya. Cuma sisi dewasanya semakin terserlah. (Tentu saje la kan, anak dah dua kalau masih seperti dulu camana nak mengasuh anak sendiri T___T kan, lebih - lebih lagi status pensyarah yang dipegangnya). Sarah lak..lamanya aku tak jumpa kawanku ini. Hampir 10 tahun tak bertemu sejak tamat tingkatan lima dulu. Telalu banyak perubahan yang aku lihat pada sahabatku ini. Tapi dia tetap seperti dulu, lebih suka mendengar kami merapu sambil sesekali tergelak besar bila lawak yang dibuat berjaya menggeletek hatinya.
Aku bahagia mendengar tawa teman - teman lama. Terasa hilang segala kekesalan yang menghambat diri sebelum ini. Ada hikmah semuanya ini berlaku. hahaha, alhamdulillah.. Hawa plak.. teman yang kukenal lewat zaman persekolahan dulu, juga berubah ( mana ada manusia yang tak berubah kan ^_^) rupa- rupanya dia bukan hanya kawanku, tetapi Syawal kali ini menyingkap silatulrahim yang kian lama terjalin antara kami, setelah disusurgalurkan barulah aku tahu, kami punya ikatan kekeluargaan. Kan ada hikmah tu Islam menganjurkan kita saling kunjung mengunjung di Aidilfitri ni.
Syawal ketiga kujemput teman-teman untuk menghadiri rumah ku, maklum la aku terlebih rajin untuk 'memasak dan bersibuk- sibuk di dapur'. Tapi cuma beberapa teman sahaja yang sudi hadir. Thanks sangat - sangat untuk Kema, Anna dan Bakri yang sudi hadir memeriahkan majlis. Bangga juga aku dapat hidangkan koktail yang baru pertama kali kucuba. Alhamdulillah, aku dapat 'creadit' dari kawan - kawan.
Sibuknya aku kan..\ |
Dalam rasa gembira berhari raya ni, sebenarnya ada rasa terkilan yang menyelit dalam diri. Terkilan dengan beberapa perkara.. Kenapa ek, bila diri dilanda musibah baru mengaku kawan, bila diri dirundung gelisah, baru mencari kawan, bila bantuan diperlukan baru meminta belas, sedangkan saat gembira dan bahagia tak pernah pula mengaku kawan, malah dimaki hamun seolah - olah bahagia itu kekal bersama, malah kawan yang banyak membantu tiba - tiba menjadi musuh utama. Mudahnya manusia lupa diri. Kenapa saat derita sahaja yang ingin dikongsi, kenapa begitu kedekut untuk sama - sama merasa bahagia. Bila bahagia yang hanya seketika itu singgah bertamu di hati, terus hilang kawan hanya kekasih yang nampak. Agh, benci melayan orang begini. Kadang - kala singgah juga rasa bosan dalam diri melayan manusia jenis yang satu ini, tapi seandainya aku buat begitu apa la bezanya aku dan mereka ya. Tapi tolong la, buka mata, buka jiwa, buka minda, buka hati dan perasaan kemanusiaan tu, jangan terlalu mementingkan diri. Hanya tahu berkongsi masalah seolah - olah kamu sahaja yang bermasalah, seolah - olah orang yang mendengar masalah tu tiada masalah. ( apa punya banyak masalah da )Bila bahagia, kongsi la juga dengan orang tu, sekurang - kurang terasa dihargai juga bantuan yang diberi. Jangan sampai nanti, saat kamu dirundung malang lagi, tiada lagi yang sudi mendengar. Alamak, teremosional la plak. Aku memang macam ni kalau bab - bab macam ni agak beremosi la. Maaf dipinta ye. hari raya ni.
Eh, dalam takde - takde idea tadi tak sedar ye dah banyak aku membebel. hahaha.. selamat hari raya semua. Aku sebenarnya rindu 'teddy bear' la. waaaaa, ikhlaskan hati dengan setiap pemberianmu, nurulain. hahaha..papai, jumpa lagi..
(p/s: 3hari mengarang baru terbentuk sebuah cerita lengkap bergambar T_____T. alhamdulillah )
aahaha okla tuhh pepun sedap me kari itu..beh2 gambo gemok ku itu jgn diulang tayang kt fb hekkk nnt puasa daku kene kutuk nak2 kutngah dlm proses mengecilkan saiz nihh sejak sbln lalu
ReplyDelete